”Mengubah Air Mata Menjadi Pelangi”, tingkat kesedaran pendidikan khas gologan OKU
NILAI, 6 April 2019- Seminar “Mengubah Air Mata Menjadi Pelangi” dengan hastag #anaksyurgakusahamakhirat telah diadakan pada 6 April di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dengan kehadiran seramai lebih 150 peserta. Program ini merupakan anjuran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dengan kerjasama Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) USIM dan Sekretariat Sahabat FAQEH USIM (SaF@USIM). [...]









