NILAI, 11 Jul 2014 – Ahli akademik daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr.Zulkifli Hasan, Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) telah terpilih bersama lapan ahli akademik lain yang mewakili masing-masing untuk terpilih menjadi Fulbright U.S – ASEAN Visiting Scholars yang merupakan salah-satu program di bawah Fulbright U.S – ASEAN Initiative yang mendapat tajaan Jabatan Negara Amerika Syarikat (U.S Department of State).
Setiap calon yang terpilih mewakili negara ASEAN ini, mereka terlebih dahulu perlu menghantar permohonan mereka kepada Fulbright U.S – ASEAN Initiative bersama kertas cadangan projek penyelidikan masing-masing yang memfokuskan kepada isu-isu yang melibatkan hubungan U.S dan ASEAN. Saringan ketat dibuat kepada setiap permohonan oleh ahli panel yang terdiri daripada ahli U.S Mission to ASEAN, ASEAN Committee of Permanent Representatives dan ASEAN Secretariat. Calon yang disenarai pendek akan dipanjangkan kepada J.William Fulbright Foreign Scholarship Board untuk pertimbangan.
Pengumuman rasmi senarai Sarjana Pelawat yang terpilih ini dibuat oleh United States Mission to ASEAN dalam satu kenyataan rasmi semalam. Dr.Zulkifli Hasan yang mewakili Malaysia akan di tempatkan di salah sebuah Universiti di Amerika Syarikat selama empat bulan bermula September hingga Disember tahun ini. Sepanjang berada di sana, beliau akan menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu perundangan dan kewangan Islam antara Amerika dan ASEAN.
Dr.Zulkifli mengucapkan terima kasih kepada Fulbright U.S – ASEAN Initiative kerana member peluang kepada beliau untuk menjadi peserta kepada program. Ini adalah satu peluang yang baik untuk membawa nama USIM dan Malaysia melalui perencanaan penyelidikan berkualiti dan hasilnya nanti boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kerjasama Amerika dan ASEAN dalam pelbagai bidang selepas ini.
Pemilihan beliau sebagai Sarjana Pelawat ini kelak turut menjadikan beliau sebagai alumni kepada peserta Program Fullbright diseluruh dunia iaitu kira-kira 318,000 orang. Sebanyak 120,00 orang dari Amerika dan 198,000 adalah Sarjana dari pelbagai negara. Mereka semua telah member sumbangan yang signifikan kepada bidang sains, ekonomi, pendidikan dan keselamatan maritim.
Program Fullbright U.S – ASEAN Initiative telah diumumkan secara rasmi oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada 2012 semasa mesyuarat peringkat Menteri Amerika-ASEAN (U.S-ASEAN Ministerial Meeting) sebagai tanda baharu menghargai persahabatan dan kerjasama baik selama 36 tahun Amerika bersama negara-negara ASEAN.
Program Fulbright telah diasaskan oleh Senator Amerika Syarikah, J. Wililam Fulbright pada 1946 mendapat tajaan dana dari Jabatan Negara Amerika Syarikat dengan kerjasama kerajaan negara-negara yang terlibat. Penubuhannya bertujuan untuk meningkatkan persefahaman diantara rakyat Amerika dan masyarakat dunia dengan menggunakan platform program pertukaran pendidikan.
Disediakan oleh :
Mohd Zaini Othman
Penolong Pendaftar StraComm