NILAI, 30 NOV 2014 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini sekali lagi menganjurkan Program Ekspo Inovasi Islam untuk kali yang ke-5 (i-Inova’14) dengan tema ‘Commercialisation of Innovation for Ummah Well-Being’ bagi meneruskan matlamat awal penganjurannya iaitu meneroka dan mengembalikan tradisi keilmuan Islam yang terbilang sesuai dengan persekitaran dan teknologi terkini. Dianggarkan lebih daripada 7,000 pengunjung yang hadir ke Ekspo kali ini.

Ekspo ini mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama rakan inovasi iaitu Akademik Sains Malaysia (ASM), Persatuan Saintis Muslim Malaysia(PERINTIS), Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi Anak Istimewa(FAQEH), Bahagian Bioteknologi Malaysia, Bahagian Inovasi dan Pengkomersilan, Pusat Sains Negara, Yayasan Inovasi Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Penganjuran i-Inova yang telah bermula pada tahun 2010 memperlihatkan peningkatan memberangsangkan bagi tahun kelima ini dengan penyertaan yang diterima dalam kategori Terbuka adalah sebanyak 92 dan bagi kategori Pra Siswazah pula sebanyak 39 di mana daripada jumlah tersebut, 122 merupakan penyertaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, 3 penyertaan daripada Institusi Pengajian Swasta Malaysia, 5 penyertaan daripada Institusi dan organisasi penyelidikan di Malaysia dan 1 penyertaan daripada luar negara daripada luar negara iaitu Mesir. Jumlah penyertaan pada tahun ini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 36.75% berbanding penyertaan tahun lalu.

“Kesinambungan penganjuran 5th i-Inova’14 diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada penjanaan idea-idea kreatif dan berinovatif yang mempunyai daya pasaran komersil yang tinggi. Usaha ini seterusnya boleh menjana ekonomi negara dengan penghasilan produk-produk yang dimanafaatkan oleh masyarakat umumnya. Dari idea yang kreatif dan berinovatif, bakal-bakal usahawan Muslim mampu dilahirkan dengan usaha yang tekun dan bersungguh-sungguh selaras dengan usaha pihak MOSTI menjadikan tahun 2014 sebagai Tahun Pengkomersilan,” ucap Naib Canselor, YBhg Prof Dato’ Dr. Musa Ahmad dalam ucapannya.

Penyertaan kali ini turut menyaksikan Anugerah Khas Ibnu Maqtum bagi Kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) tajaan oleh Yayasan FAQEH dan juga ASMInnovation Award tajaan Akademi Sains Malaysiaselain turut menghimpunkan beberapa anugerah lain yang menjadi rebutan peserta. Dalam masa sama, turut diadakan Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Islam atau Tunas Cipta untuk pelajar sekolah menengah bagi kategori Produk Inovasi Hasil Reka Cipta Pelajar Sekolah Menengah dan Penjanaan Idea Inovasi.

“Saya berharap i-Inova akan menjadi jenama yang dapat memartabatkan potensi produk Muslim di peringkat antarabangsa kelak. Pihak saya dimaklumkan bahawa USIM kini turut cemerlang dalam pelbagai pertandingan penyelidikan sama ada di peringkat tempatan seperti PENCIPTA, i-TEX, NRIC dan juga di luar negara seperti di British Invention Show (BIS) dan sebagainya. Ini membuktikan perancangan USIM dalam menjadikan program pembangunan dan penyelidikan sebagai agenda utama Universiti telah membuahkan hasilnya kini,” ucap Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah dalam ucapan perasmiannya.

Menutup tirai Ekspo Inovasi Islam Kali-5 (i-Inova’14) adalah aktiviti lawatan dan tinjauan ke tapak pameran oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.

SENARAI KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Islam atau Tunas Cipta (Sekolah Menengah)

Anugerah Khas Ibnu Haitham

SM Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan

Tajuk : Future Recycle Bin

Kategori Produk Inovasi

Anugerah utama (Ibnu Firnas)

SMK Agama Putrajaya

Produk Inovasi: Easy Kompang 3.0

Tempat Kedua (Anugerah Al-Biruni)

MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan

Produk Inovasi: Effective Recycled Ablution (ERA)

Tempat Ketiga (Anugerah Al-Jazari)

MRSM Beseri Perlis

Produk Inovasi: Smart Solat Training Kit

Hadiah Sagu hati

SMK Agama Putrajaya

Produk Inovasi:  Flagpack X2

Pemenang Pingat Emas i-Inova

Hadiah: Wang Tunai RM500

Kategori: Pra-siswazah

Ez Pay, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
SkiNana (Product Development), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Jvp Ruler, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
“Hurma” – Advanced Hospital Gown, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
“Asyraf & Adab 5” Android 3d Animation Application, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Service Oriented Interactive Quran (Soiq), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Mangifera Flakes, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bananabi D’agro Pagoh, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori: Terbuka

Program Inovasi Sosial Tulang Ikan Bagi Menghasilkan  Kalsium Inorganik Halalan Toyyiban Di Komuniti Pesisir Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Multicore Flat Fiber, Universiti Malaya (UM)
Jawi Character Screener For Detecting Jawi-Dyslexia Among Primary Students, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Halal-Compliant Embryo Culture And, Gamete And Embryo Cryopreservation Media For Human Assisted Reproduction Treatment: The PFM-11 Series Of Synthetic Media Products; Currently Unchallenged And Only One Of Its Kind In The World, Universiti Malaya (UM)
Standard Transkripsi Penulisan Arab / Jawi Braille & Aplikasi Terhadap Buku Iqra’ Versi Braille, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Gawa – Gaharu Particle Boards From Gaharu By-Products For House Decoratives, Panels And Indoor Accessories, Agensi Nuklear Malaysia
Multifunctional Edible Films, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
High Throughput Device For Determination Of Antioxidant (Oxicount), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Dengue Rapid Diagnostics Via Surface Plasmon Resonance Biosensor, Universiti Malaya (UM)
Audinquire: Audio Source Identification Module, Universiti Malaya (UM)
Realistic 3D Human Heart Surface Model From A Single Image, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Multichannel Nano Gas Sensor – GasTec 01, Agensi Nuklear Malaysia
Natural Calcium Source in Halal Water Filter Applications, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
CalVitA Chocolate: A nutritious and Halalan Thoyibbah Chocolate from pumpkin carotenoids and fish bone calcium, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
Stad:  Strategizing Training Of Adult Learners Through Diversity, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Portable Training Set for Hajj Course (PAHAM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Goldnanotracer, Agensi Nuklear Malaysia
Multi-directional Radiation Detector using Photographic Film, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Portable Quranic Verses Document Shred-Incinerator, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Pemenang Anugerah Khas (Ibnu Sina)

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM1500

Kategori: Pra-siswazah

SkiNana (Product Development), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori: Terbuka

Halal-Compliant Embryo Culture And, Gamete And Embryo Cryopreservation Media For Human Assisted Reproduction Treatment: The PFM-11 Series Of Synthetic Media Products; Currently Unchallenged And Only One Of Its Kind In The World, Universiti Malaya (UM)

Pemenang Anugerah Khas (Al-Khawarizmi)

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM1500

Kategori: Pra-siswazah

Jvp Ruler, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori: Terbuka

Program Inovasi Sosial Tulang Ikan Bagi Menghasilkan  Kalsium Inorganik Halalan Toyyiban Di Komuniti Pesisir Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Pemenang Anugerah Khas (Ibnu Maqtum) Kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) tajaan oleh Yayasan FAQEH

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM1500

Kategori: Terbuka

Jawi Character Screener For Detecting Jawi-Dyslexia Among Primary Students, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Pemenang Utama Anugerah Inovasi Islam

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM3000

Kategori: Pra-siswazah

Ez Pay, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori: Terbuka

Program Inovasi Sosial Tulang Ikan Bagi Menghasilkan  Kalsium Inorganik Halalan Toyyiban Di Komuniti Pesisir Negeri Terengganu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Anugerah Khas (ASM Innovation Award) Tajaan oleh Akademi Sains Malaysia

Hadiah: Sijil dan Wang Tunai RM3000

Kategori: Terbuka

Multifunctional Edible Films, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Disediakan oleh:

Syazlyna Jamil

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204