Prof Dr Fauzias Mat Nor
Prof Dr Fauzias Mat NorPensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Keperluan kelangsungan hidup melalui aliran tunai tidak boleh di nafikan terutama semasa krisis ekonomi atau ekonomi tak menentu. Semasa ekonomi stabil peluang untuk mendapatkan tunai berlebihan mungkin senang dicapai. Tetapi apabila terjadinya krisis seperti keadaan sekarang ini, kelangsungan hidup perniagaan tertentu ibarat di telan mati emak, diluah mati bapak ia itu tidak ketentuan dan memerlukan bantuan. Kelangsungan hidup untuk perniagaan atau firma baik perniagaan besar, sederhana dan kecil ternyata terkesan terutama pada sektor yang kurang permintaan semasa krisis ekonomi. Justeru model perniagaan perlu difikirkan semula. Penstrukturan dan pencatuman perniagaan perlu juga di laksanakan. Dalam keadaan yang tidak menentu bagi yang ada asset pun belum tentu boleh dicairkan samada jangka panjang baik jangka pendek kecuali asset cair yang diletakkan atau didepositkan di bank. Maksudnya tiada yang mampu untuk melunaskan atau membelinya nya. Pengorbanan untuk kelangsungan hidup perlu mengatasi ego dalam kawalan korporat dalam menstrukturkan perrniagaan.

Dalam situasi ini, kesan covid 19 yang melanda jika tidak dibendung akan memberi kesan yang tidak menyenangkan. Bukan hanya kepada ekonomi tetapi kepada masaalah sosial yang dikatakan lebih burok dari krisis kewangan tahun 1998 dan 2008. Memang kita mengharapkan dan berdoa pandemik ini tidak lama dan perintah kawalan pergerakan ditarik balik supaya ekonomi boleh dipulihkan secepat mungkin. Munkin secara berperingkat mengikut keseriusan wabak dikawasan tertentu.

Penstrukturan perniagaan kali ini bukan nya mudah kerana ia melibatkan manusia sejagat. Penstrukturan perniagaan melibatkan masalah dalaman dan operasi yang bergantung pada permintaan. Permintaan banyak berlandaskan kepada berapa banyak kuasa pembelian melalui tunai yang ada. Barang mewah belum lagi dikekehenaki sekurang kurangnya dalam masa dalam masa satu tahun mungkin bertahun.

Peranan Kerajaan dan Institusi Perbankan

Untuk menengani masaalah kewangan untuk semua bukan nya mudah. Mungkin dalam hal ini kerajaan melalui perantara Bank dan agensi bukan bank mempunyai peranan yang penting untuk menyalurkan bantuan kewangan berkaitan perniagaan. Peranan bank dan institusi yang berkaitan adalah bagi memastikan bantuan kewangan ini disalurkan kepada yang benar benar memerlukan dan berkeupayaan membayar balik. Konsep mudharabah mungkin yang terbaik. Konsep mudharabah memerlukan peneroka, pengusaha atau peniaga yang amanah bagi mengurangkan risiko kepada pemberi modal. Jika ada kerugian diluar kawalan pengusaha, pemberi modal perlulah menyusutkan modalnya dan perlu dan ditanggung peniaga jika kerugian disebabkan kecuaian pengusaha itu sendiri. Dengan cara ini dana dari agihan keuntungan yang diberi balik boleh di gunakan balik untuk pengusaha lain yang memerlukan.

Sumber kewangan kerajaan memerlukan perubahan peruntukan kerajaan. Belanjawan perlu disemak semula supaya belanjawan yang mendesak didahulukan. Munkin projek mewah di tangguhkan dahulu. Pinjaman lembut (soft loan) munkin perlu difikirkan semula. Agensi yang terlibat dengan pinjaman untuk sektor tertentu perlu lebih berstruktur dan berkesan terutama yang melibatkan sektor pertanian.

Dalam mengenalpasti keutamaan perbelanjaan dalam penstrukturan semula belanjawan dan projek-projek kerajaan, ilmuwan islam telah pun menengahkan konsep Maqasid al-shariah, yang perlu di imbas balik dalam kita menjalankan perancangan ekonomi. Secara umumnya, Maqasid al-shariah bertujuan menjaga maslaha atau kepentingan masyarakat secara menyeluruh. Secara khususnya, Imam Al Ghazali telah membahagikan maslaha kepada tiga keutamaan iatu darruriyat (bagi memenuhi kelangsungan hidup), hajiyyat(untuk memberi kemudahan) dan tahsiniyyah (untuk kehidupan lebih sempurna). Beliau turut mengariskan prinsip utama Maqasid al-shariah kepada lima perkara iaitu memelihara agama, memelihara nyawa. memelihara akal, keturunan dan harta. Justeru, dalam situasi pandemic hari ini, perbelanjaan negara perlu melihat garisan Maqasid bagi memastikan kelangsungan asas semua masyarakat terjaga disamping manjaga kestabilan ekonomi negara.

Dalam sektor perbankan, Bank negara Malaysia telah menggariskan pengantaran berlandaskan nilai (value based intermediation (VBI) untuk sistem parbankan islam yang mungkin perlu dipanjangkan kepada institusi bukan bank. Berdasarkan tatacara perlakasanaan VBI yang sedia ada, negara boleh menjadikan ianya rujukan terbaik bagi memastikan sektor ekonomi semasa pandemik ini berjalan serentak dengan konsep maslahah untuk semua. Apa pun yang terjadi ada hikmah yang hanya Allah sahaja yang mengetahui.