ACHEH, 6 April 2017 – Seramai 15 orang pelajar jurusan Undang-Undang dan Syariah Tahun 4, Universiti Sains Islam Sains Malaysia (USIM) bersama pensyarah pengiring, Dr Amalina Ahmad Tajuddin dan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tuanku Ihsan Munawer mengikuti Kembara Ilmiah di Acheh ,Indonesia pada 1 April lalu.
Kembara ilmiah ini memberi peluang kepada delegasi untuk berkunjung ke Universitas Islam Negeri (ar-Raniry) dan Universitas Muhamadiyah yang mana pertukaran ilmu mengfokuskan undang-undang di Malaysia dan Indonesia khusus dalam pelaksanaan syariah, perbandingan sistem mahkamah dan syarat kelayakan menjadi peguam. Ia turut dihadiri oleh Ketua Hakim Mahkamah Provinsi Aceh yang mana merupakan bekas pelajar universitas itu.
“Pengembaraan ini memberi peluang kepada kami mendekati masyarakat Islam terutama mahasiswa dan pelajar tempatan di Acheh selain memberi pengalaman berbeza apabila terlibat dalam aktiviti pembelajaran serta bertukar pendapat dengan mahasiswa di sana,” ujar Imran Razalle.
“Antara aktiviti yang dijalankan adalah Projek Wakaf Al-Quran iaitu edaran sebanyak 100 naskah Al-Qur’an di sekitar kawasan masjid dan surau di Sabang antaranya Taman Pendidikan Al-Qur’an Al-Anhar, Menasah Jabbarahmah, Lembaga Pendidikan Islam Dayah Darul Namuzaijiyah Al-Aziziyah dan Masjid Babbul Muttaqin Min Sabang”.
“Seramai 400 kanak-kanak dari Sekolah Dasar 18, Madrasah Ibtida’yah Negeri, Min Sabang, Sekolah Dasar 5 dan Taman Pendidikan Al-Quran Al-Akram menyertai aktiviti yang dijalankan antaranya Kem Pemantapan Solat, English Fun Learning, Lughatul Arabiyah Lughatul Jannah dan Aktiviti Rehat Minda,” ujarnya lagi..
Disediakan oleh :
Anis Farahain Mohd Khir
Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204