NILAI, 11 OKT 2016 – Seramai 250 peserta yang terdiri dari pengamal zakat, ahli akademik, institusi zakat dan majlis agama islam seluruh negeri, jabatan mufti, serta pelajar Universiti Awam (UA) dan IPTS menghadiri Konvensyen Zakat Kebangsaan 2016 yang bertempat di Dewan Kolej Permata Insan USIM.

Konvensyen yang berlangsung selama dua hari bermula 11 hingga 12 Oktober 2016 ini akan membincangkan isu-isu yang menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat berkaitan item penolakan dan kadar zakat serta cukai pendapatan yang ditentukan oleh agensi berwajib di Malasia. Selain itu, bagi menerangkan konsep had kifayah zakat menurut Islam dan mengupas item dan kadar zakat had kifayah pendapatan menurut Islam dan pelaksanaannya di Malaysia serta memperkasakan dan menyelaraskan item dan kadar zakat had kifayah zakat pendapatan di Malaysia berdasarkan syarak dan pendekatan wasatiyyah. Ia juga dapat membantu mencadangkan model had zakat kifayah pendapatan.

Menurut Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Haji Che Mat Che Ali dalam ucapan perasmiannya, isu-isu berkaitan zakat sring kali diperkatakan terutamanya apabila menjelang ramadhan seolah-olah tiada kesudahan. Dengan adanya perjumpaan dikalangan mereka yangterlibat secara langsung dan tidak langsung dengan urusan zakat di konvensyen ini akan dapat melahirkan keputusan dan tindakan yang perlu dilakukan bersama bagi menjawab segala persoalan yang dihadapi.

”Selain itu, jika dilihat realitinya di Malaysia, taksiran had kifayah zakat pendapatan adalah berbeza bagi setiap negeri. Perbezaan-perbezaan tersebut melibatkan item-item penolakan dan kadarnya. Justeru satu usaha perlu dibuat bagi mewujudkan keselarasan had kifayah zakat pendapatan antara negeri di Malaysia”, jelas Datuk Haji Che Mat.

”Zakat juga berfungsi sebagai sumber pengagihan sumber-sumber dari golongan kaya kepada golongan miskin di mana ianya menjadi pendekatan yang berkesan untuk memerangi kemiskinan. Keseluruhannya, keputusan perbincangan ini hasruslah diberi perhatian terhadap pembuat polisi khususnya kepada agensi pentadbiran zakat dalam menentukan Had Kifayah. Penentuan Had Kifayah dan pengurusan zaakt yang efektif akan memperbaiki keadaan sosioekonomi masyarakat Islam di Malaysia”, tambahnya lagi.

Konvensyen ini adalah anjuran bersama dengan entiti kerajaan seperti Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), USIM yang diterajui oleh Persatuan Kakitangan Akademik (PKAUSIM) dan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM sebagai sekretariat turut dibantu oleh Mahasiswa Fiqh dan Fatwa Tahun 3, Fakulti Syariah dan Undang-Undang.

Majlis turut melancarkan produk Global Zakat Game (GzakatG V1.0) yang diinovasikan oleh Prof. Madya Dr Azman Ab Rahman selaku pengarah Konvensyen Zakat Kebangsaan 2016.

Turut hadir SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pengucaptama 1, Profesor Emeritus Dato Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Pensyarah UM sebagai pengucaptama 2, Tuan Haji Mohd Rais haji Alias Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204