USIM telah mengadakan lawatan kerja ke Jordan bertujuan untuk memeterai Memorandum Persefahaman antara USIM

dengan 6 buah universiti di Jordan pada 1 hingga 6 November 2008. 6 buah buah universiti tersebut adalah Universiti Al- Bayt, Universiti Hashimiyyah, Jordan University of Science and Technology, Tafila Technical University, King Al-Hussien bin Talal University dan Zarqa Private University.

Justifikasi kerjasama dengan 6 buah Universiti di Jordan ini adalah menjurus kepada pertukaran pelajar dan kakitangan, pertukaran program pengajian, kurikulum dan penerbitan, pertukaran pengalaman penyelidikan  dalam kajian sains dan teknologi dan latihan kakitangan akademik serta pakar-pakar dari USIM.

USIM juga turut menjalinkan kerjasama dengan pihak UBS Accounting Software bertujuan untuk pembelajaran kepada pelajar USIM. Diharapkan jalinan kerjasama yang dibentuk dapat mendorong USIM ke arah pengantarabangsaan yang lebih efektif disamping jalinan persahabatan yang kukuh serta pembelajaran yang berkesan.

Oleh :
Unit Perhubungan Awam
pro@usim.edu.my