20 tahun pengalaman dalam bidang guaman, kini raih Diploma Guaman Syarie

NILAI - Dengan tekad dan keazaman yang tinggi untuk membantu masyarakat menangani Permasalahan Syarie, Muzaffar Fariduddin, 50, Graduan Fakulti Syariah dan Undang-undang berjaya menggenggam segulung ijazah melalui Program Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIIJAP) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Muzaffar, merupakan seorang peguambela dan peguamcara yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang [...]

Mengimbangi dua dunia: Graduan USIM bukti kehebatan hafalan dan kejuruteraan

NILAI – Minat mendalam terhadap bidang kejuruteraan sejak kecil telah mendorong Firdaus Zaid, 23, mencapai kejayaan membanggakan apabila berjaya menggenggam ijazah dalam Kejuruteraan Elektronik pada Sidang Kedua di Majlis Konvokesyen Ke-22 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Firdaus, anak kelima daripada tujuh beradik dari Dungun, Terengganu, turut mempunyai latar belakang istimewa sebagai seorang hafiz [...]

Dua sahabat hafiz quran kongsi kisah dakwah di Jepun, genggam ijazah di USIM

NILAI - Pengalaman menjadi imam solat tarawih ketika bulan ramadan di Jepun merupakan salah satu kenangan manis yang mahal nilainya buat dua rakan karib, Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisyam, 23, dan Nik Ahmad Nik Aziz, 25 yang berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains [...]

Bawa tema ‘Menerajui Integrasi Ilmu’, Konvokesyen USIM Ke-22 rai 3,079 graduan

NILAI - Seramai 3,079 graduan dari 73 program pengajian diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-22 yang berlangsung pada 3 sehingga 6 Disember 2024. Dengan tema “Menerajui Integrasi Ilmu”, majlis yang penuh bermakna bagi graduan ini diraikan dengan penuh adat isitiadat dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, [...]

Pelajar Malaysia perlu ambil kursus intensif bahasa Arab di USIM sebelum ke Universiti Al Azhar – PM

KAHERAH: Semua pelajar Malaysia yang mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar Al-Sharif di sini, perlu melalui kursus intensif bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelaksanaan program bahasa Arab itu yang dijalankan dengan kerjasama Institut Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Al-Sharif itu dibuat bagi memastikan [...]

By |2024-11-13T16:40:35+08:00November 13th, 2024|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

USIM dan SJK(C) Kampung Baru Semenyih raih Tempat Ketiga dalam Program Sincerely Setia Youth Synergy

SHAH ALAM – Selaras dengan usaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam memperkukuh hubungan antara masyarakat berbilang kaum, Kelab Seni Budaya Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama SJK © Kampung Baru Semenyih telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Sincerely Setia Youth Synergy Programme anjuran Yayasan SP Setia yang berlangsung pada 26 September [...]

Alumni USIM Perkasa Pematuhan Halal di Eropah

BELGIUM - “Saya bercita-cita untuk melihat industri halal berkembang secara global, dengan pematuhan yang lebih kuat terhadap standard antarabangsa dan pengiktirafan yang lebih luas terhadap pensijilan halal”. Itu lah harapan anak Malaysia Muhammad Irhammudin Ibrahim, 34 tahun yang kini bertugas sebagai Auditor Halal di Badan Pensijilan Halal Antarabangsa Eropah yang berpusat di Belgium. Muhammad Irhammudin [...]

By |2024-10-23T14:31:07+08:00Oktober 23rd, 2024|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|

USIM Tawan Switzerland: Budaya Malaysia Jadi Tarikan

LAUSANNE – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencatat sejarah apabila 14 pelajarnya dari Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) menjadi kumpulan universiti awam pertama dari Malaysia yang berjaya melaksanakan program libatsama masyarakat di Switzerland pada 18 September hingga 1 Oktober 2024 baru-baru ini. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif USIM Global Islamic Student Outreach (GISO) dengan [...]

i-INNOLED 2024: Platform Antarabangsa Memacu Inovasi Bahasa dan Pendidikan

NILAI - Seramai 108 peserta daripada dalam dan luar negara meliputi sekolah seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, Kolej Politeknik dan juga Institusi Pengajian Tinggi menghadiri International Language and Education Innovation Competition (i-INNOLED 2024) yang berlangsung bermula daripada 15 hingga 16 Oktober 2024 bertempat di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bertemakan ”Navigating [...]

Menyemai kasih: Jaulah Kesukarelawanan bersama komuniti orang asli

REMBAU – Seramai 37 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menjayakan program Jaulah Sukarelawan Semarak Siswa Madani 2024: Jejak Kasih Rembau, Siri 2.0: Komuniti Desa pada 10 Ogos 2024. Program anjuran Sekretariat Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (SekreFaST) telah menyantuni  komuniti desa di Kampung Orang Asli Ulu Chembong, Rembau, Negeri [...]

By |2024-10-14T11:24:23+08:00Oktober 14th, 2024|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama)|
Go to Top