PELAJAR USIM TIMBA PENGALAMAN DI MALDIVES

MALDIVES - Seramai 16 orang mahasiswa/i ahli Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merasai dan menimba pengalaman berharga bersama masyarakat Islam di Maldives yang turut disertai dua (2) orang Pegawai Pengiring. Program enam hari ini yang bermula 21 hingga 26 Ogos 2013 lalu adalah anjuran Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan [...]

By |2016-11-14T09:46:32+08:00September 20th, 2013|Berita, Berita Kampus|

PELAJAR LAKSANA KHIDMAT MASYARAKAT DI AUSTRALIA MELALUI GISO

NILAI, 5 September  2013 – Seramai 15 orang pelajar  dan 2 orang pegawai pengiring Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Global Islamic Students Outreach(GISO) 2013 di Bumi Aussie, Australia. Misi Kembara Kehidupan di Bumi Aussie, Australia anjuran Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM ini telah berlangsung selama 8 [...]

By |2016-11-14T09:59:54+08:00September 11th, 2013|Berita, Berita Kampus|

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) TUAN RUMAH FESTIVAL FILEM DAN VIDEO PELAJAR MALAYSIA (FFVPM) KE 10

NILAI, 5 September 2013 – Galeri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dibanjiri dengan rakan media, Pegawai-pegawai kanan dari USIM dan FINAS bagi menyaksikan upacara Majlis Penyerahan Cek dan Sidang Media Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) ke-10. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Prof Dato’ Dr. Asma Ismail Naib Canselor USIM, Yang Mulia [...]

By |2016-11-14T10:04:02+08:00September 10th, 2013|Berita, Berita Kampus|

USIM TERIMA KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SARJANA MUDA 2013/2014

NILAI, 2 Sept – Sesi pendaftaran Pelajar Baharu Sarjana Muda Sesi Akademik 2013/2014 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Stadium Tertutup Nilai berjalan dengan lancar. Kaunter pendaftaran yang dibuka secara rasmi bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang mula dibanjiri oleh para pelajar dan ibu-bapa masing-masing yang sejak awal pagi lagi telah berada di [...]

By |2016-11-14T10:17:47+08:00September 3rd, 2013|Berita, Berita Kampus|

USIM RAIKAN SYAWAL DENGAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI

NILAI, 29 Ogos – Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih terus meriah walaupun hampir menuju akhir Syawal dengan penganjuran Majlis Rumah Terbuka. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga turut tidak ketinggalan meneruskan tradisi tahunannya untuk menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri 1434H bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Majlis Sambutan Aidilfitri USIM yang diurusetiakan oleh Badan Kebajikan dan Kakitangan [...]

By |2016-11-14T10:19:59+08:00September 3rd, 2013|Berita, Berita Kampus|

PROGRAM JALINAN KASIH AD-DEEN MASYARAKAT ROHINGYA

NILAI – Seramai 35 sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Program Khidmat Komuniti iCARE4N9 bersama-sama 40 orang kanak-kanak Rohingya dari Madrasah Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Quran Hashimiah, Selayang di bawah kelolaan Sekretariat Pelajar Fakulti Sains & Teknologi (SekreFaST) pada 27 dan 28 Julai [...]

By |2016-11-14T11:06:52+08:00Ogos 5th, 2013|Berita, Berita Kampus|

MUZAKARAH ANJURAN FKP KUPAS ISU SYIAH

NILAI, 31 Julai - Statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan penganut Syiah di Malaysia dianggarkan antara 1000 hingga 1500 orang dan hanya sekitar 300 hingga 500 orang yang aktif menganuti ajaran tersebut. Statistik tersebut dinyatakan oleh Encik Mohd Aizam bin Masod, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Seksyen Akidah JAKIM pada Muzakarah isu [...]

By |2016-11-14T11:35:33+08:00Ogos 2nd, 2013|Berita, Berita Kampus|

USIM JOHAN HAFAZAN PERINGKAT ASEAN

PULAU PINANG, 27 Julai – Persediaan mencabar selama seminggu untuk memantapkan kualiti hafazan dan bacaan Al-Quran oleh Saudara Essam Ahmad Lali, pelajar Sarjana Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berbaloi apabila muncul Johan Hafazan Al-Quran peringkat ASEAN baru-baru ini. Pertandingan ini merupakan salah satu kategori yang dipertandingkan [...]

By |2016-11-14T11:41:20+08:00Julai 31st, 2013|Berita, Berita Kampus|

IM4U USIM AKTIF SEPANJANG RAMADHAN

SEREMBAN, 19 Julai – Kumpulan mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menyertai Program 1M4U USIM turut tidak mahu ketinggalan mengambil keberkatan sepanjang bulan Ramadhan ini dengan dengan mengadakan beberapa program yang bersesuaian untuk masyarakat setempat. Program 1M4U yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menggalakkan dan mengukuhkan mahasiswa dalam aktiviti kesukarelaan melalui pendekatan yang lebih proaktif  [...]

By |2016-11-14T11:43:07+08:00Julai 29th, 2013|Berita, Berita Kampus|

DEKATI ORANG ASLI MELALUI AKTIVITI DAKWAH

MARAN, 5 JULAI – Seramai 94 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang terpilih terus giat berusaha untuk menyebarkan dakwah Islamiyah kepada penduduk di Kampung Orang Asli Sg. Jempul, Maran Pahang menerusi Program Khidmat Dakwah USIM bersama Masyarakat Orang Asli (BAKTI USIM 2013). Program yang diadakan selama enam hari bermula 29 Julai ini telah memperkenalkan [...]

By |2016-11-14T11:45:50+08:00Julai 26th, 2013|Berita, Berita Kampus|
Go to Top