USIM Johan Debat Piala Menteri Selangor, tewaskan UKM dan UPNM di peringkat akhir

NILAI - Pendebat Universiti Sains Islam Selangor (USIM) dinobatkan juara Pertandingan Debat Piala Dato' Menteri Besar Selangor di bagi kategori institusi pengajian tinggi yang diadakan pada 10 Mac lalu. Menggunakan format debat presiden, USIM yang diwakili oleh Muhammad Najmie Abdullah, 23, dan Ummu Unaisah Mohd Nordin, 21, menewaskan tiga pasukan bahas lain di pentas akhir [...]

By |2024-03-19T13:09:29+08:00Mac 19th, 2024|Berita, Berita Kampus|

USIM dan UTW Sdn Bhd, Malaysia Airports Holdings Berhad jalin kerjasama strategik dalam Pembangunan Industri Penerbangan

NILAI - Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Urusan Teknologi Wawasan Sdn. Bhd. (UTW), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai salah satu inisiatif kerjasama dalam menghasilkan penyelidikan yang inovatif dan membangunkan sumber manusia yang unggul dalam bidang industri penerbangan (aviation industry). Bertempat di Lounge Executive pada 13 Mac [...]

By |2024-03-15T11:58:56+08:00Mac 15th, 2024|Berita, Berita Kampus|

ICLEMCCR 2024 – Himpun empat persidangan antarabangsa di USIM

NILAI – International Congress on Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion (ICLEMCCR2024) menghimpunkan empat persidangan antarabangsa iaitu IC-DAIM, ICIMaC, MASEC, dan SIGMA dalam satu platform untuk meneroka perhubungan kepimpinan, pengurusan, komunikasi, kaunseling, dan agama dengan bertemakan ‘Integrating Leadership Management, Communication, Counseling, and Religion in Developing Dynamic and Charismatic Leaders towards the Establishment of Madani Nation,’. [...]

By |2024-03-14T10:49:50+08:00Mac 14th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Imam solat tarawih di Jepun: Pelajar bawa nama USIM ke peringkat antarabangsa

NILAI – Dua pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diberi tanggungjawab menjadi imam solat tarawih di Osaka, Jepun sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba. Wan Ahmad Mujahid Wan Fajrulhisyam dan Nik Ahmad Nik Aziz merupakan pelajar Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian yang sedang menjalani Latihan Industri di [...]

By |2024-03-11T17:48:27+08:00Mac 11th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Kerajaan Negeri Sabah Taja anak muda lanjutkan pengajian ilmu Turath di USIM

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan menyediakan penajaan bagi pelajar negeri Sabah untuk menjalani program pengajian kitab turath secara eksklusif selama tiga tahun di USIM. Kerjasama ini diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang menyatakan bahawa langkah ini adalah sebahagian daripada usaha bagi [...]

By |2024-03-11T12:36:22+08:00Mac 11th, 2024|Berita, Berita Kampus|

USIM gemilang di AKKPT 2023: Mengilhami keusahawanan dalam Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) cemerlang dengan merangkul kejayaan dalam tiga kategori utama sempena Majlis Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi 2023 (AKKPT 2023). USIM berjaya memenangi tempat kedua Kategori B (Anugerah Perusahaan Pelajar Terbaik) oleh Saudari Iman Tasnim Mohd Shaipudin (FPQS); tempat pertama Kategori C (Anugerah Perusahaan Graduan Terbaik) oleh Saudara Muhammad [...]

By |2024-03-15T12:18:06+08:00Mac 10th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Inovasi USIM Rangkul 9 Pingat Emas dan Anugerah Khas dalam PIITRAM 2024

NILAI – Pusat Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta kejayaan manis selaku tuan rumah penganjuran Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2024 apabila berjaya merangkul sembilan pingat emas. Berlangsung pada 23 dan 24 Februari lalu di Dewan Tuanku Canselor USIM, Pusat Tamhidi juga turut menggondol dua anugerah khas selain meraih tujuh pingat perak dan [...]

By |2024-03-04T11:47:52+08:00Mac 4th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Prospek Cerah Sukan USIM, Atlet Tamhidi Menyinar di Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2024

KEDAH – Persiapan dan latihan berstruktur lebih awal yang dilaksanakan oleh Pusat Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Pusat Sukan USIM untuk atlet ke Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2024 berjaya meraih pencapaian yang membanggakan. Berlangsung di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah dari 1 hingga 3 Mac 2024, kontinjen USIM yang disertai [...]

By |2024-03-04T11:31:58+08:00Mac 4th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Lawatan ke Selatan Thailand, harapan HEPA kembangkan pembangunan sahsiah pelajar USIM

THAILAND – Sejumlah 8 orang delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) telah mengadakan lawatan di beberapa universiti di Selatan Thailand termasuklah Prince Songkla Universiti, Fatoni Universiti dan Yala Rajabhat Universiti pada 14 hingga 18 Februari 2024. Turut menyertai [...]

By |2024-02-28T12:37:13+08:00Februari 28th, 2024|Berita, Berita Kampus|

Naib Canselor USIM mengislamkan saudara baharu Jepun

OSAKA - “Gugur air mata apabila saya diberikan peluang dan penghormatan oleh Japan Dakwah Centre (JDC) di Osaka untuk mengislamkan dua orang saudara baharu yang telah melafazkan syahadah untuk memeluk agama Islam.” Itu lah kata-kata yang diucapkan oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM atas peluang yang diberikan untuk mengislamkan 2 [...]

By |2024-02-28T12:05:06+08:00Februari 28th, 2024|Berita, Berita Kampus|
Go to Top