Semangat Kembar, Cita-cita Sama: Fahim & Fahmi pilih USIM
NILAI – Kehadiran pasangan kembar Muhammad Fahim bin Mohd Jumari dan adiknya, Muhammad Fahmi bin Mohd Jumari, 19, mencuri perhatian pada pendaftaran pelajar baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sesi akademik 2025/2026. Anak keempat dan kelima daripada enam beradik ini berasal dari Tangkak, Johor, dan kedua-duanya memilih untuk menyambung pengajian dalam program Sarjana Muda Pengajian [...]









