10 Pensyarah KPM Bandar Melaka Terima Sijil Eksekutif Kewangan Islam daripada USIM
NILAI – Seramai 10 pensyarah dari Kolej Profesional MARA (KPM) Bandar Melaka telah berjaya menamatkan dua program pensijilan eksekutif dalam bidang kewangan Islam yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), sekali gus mencerminkan satu bentuk kerjasama strategik antara USIM dan MARA dalam memperkasa pembangunan kapasiti tenaga pengajar. Para peserta [...]