Skrin Nusantara, Pentas Anak Muda: USIM Ungguli SASNUSA 2025
SINTOK – Seramai 44 orang pelajar dari Program Komunikasi Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membuktikan kemampuan luar biasa apabila memperlihatkan prestasi membanggakan dalam Simposium Apresiasi Skrin Nusantara (SASNUSA) 2025 yang berlangsung selama tiga hari di Universiti Utara Malaysia (UUM), bermula 1 hingga 3 Julai 2025. SASNUSA 2025, yang menghimpunkan penggiat industri, ahli akademik [...]