i-INNOLED 2024: Platform Antarabangsa Memacu Inovasi Bahasa dan Pendidikan

NILAI - Seramai 108 peserta daripada dalam dan luar negara meliputi sekolah seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak, Kolej Politeknik dan juga Institusi Pengajian Tinggi menghadiri International Language and Education Innovation Competition (i-INNOLED 2024) yang berlangsung bermula daripada 15 hingga 16 Oktober 2024 bertempat di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Bertemakan ”Navigating [...]

Sahmura Seni USIM lestari bakat seni khat di SK Batang Benar

NILAI - Kumpulan Seni Khat Khufi Farisi Kelab Penerbitan Kreatif dengan kerjasama Pusat Kebudayaan USIM menjalankan program USIM4Community: Lestari Bakat Sahmura Seni Asas Penulisan Khat di Sekolah Kebangsaan Batang Benar pada 29 Jun 2024 baru baru ini. Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan awal kepada murid sekolah rendah terutamanya teknik asas penulisan khat. “Kita mendekati [...]

By |2024-10-14T17:32:01+08:00September 5th, 2024|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Penuntut USIM Raih Tempat di Ihtifal IPT Kebangsaan 2024

KAJANG: Penyertaan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Najmi Adli Mustaffa dalam Ihtifal Instititut Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan 2024 membuahkan hasil apabila berjaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan Pidato Hal Ehwal Islam. Ihtifal Institut Pendidikan Tinggi Peringkat Kebangsaan merupakan penganjuran kali kedua oleh Universiti Tenaga Nasional, Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan [...]

By |2024-10-14T15:57:11+08:00September 4th, 2024|Berita, Berita Kampus, Berita Kampus (Utama), Berita Utama|

Memartabatkan Pendidikan al-Quran: Dr. Muhammad Hafiz Saleh Dinobatkan sebagai Ikon Huffaz Kebangsaan

NILAI  - Dr. Muhammad Hafiz Saleh, Pengarah Pusat Islam yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah dianugerahkan Anugerah Ikon Huffaz Kebangsaan sempena Majlis Konvokesyen Huffaz PERMATA AL-QURAN Nusantara Kali Ke-9 yang berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang baru baru ini. [...]

Program “Avengers of Innovation”: USIM Menginspirasi Pelajar Perempuan dalam Teknologi

SEREMBAN – 17 peserta dalam kalangan mahasiswa dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama IEEE Malaysia Comsoc & VTS Joint Chapters, telah berjaya menganjurkan program "Avengers of Innovation" pada 21 Ogos 2024 baru baru ini di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah [...]

USIM Himpun Pelajar dari 3 Buah Negara Mengkaji Rumah Warisan Negeri Sembilan

SERI MENANTI – 54 pelajar dan pensyarah dari Malaysia, Uzbekistan, dan Indonesia berkumpul bagi menyertai International Architectural Field Study (IAFES) 2024 anjuran Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung pada 4 hingga 9 Ogos 2024 baru-baru ini di Seri Menanti, Kuala Pilah. Program selama enam hari ini melibatkan pelajar dan [...]

Ahli Akademik USIM Diiktiraf sebagai Sarjana Pelawat Berprestij di Rusia: Memperkukuh Hubungan Antarabangsa

MOSCOW – Dua ahli akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dijemput oleh Kementerian Pertahanan Rusia sebagai pembentang ucaptama di Persidangan Keselamatan Moscow yang berlangsung pada 13 Ogos 2024 baru-baru ini. Mereka ialah Profesor Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Profesor Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dari Fakulti Perubatan dan [...]

Cendekiawan Islam dilantik sebagai Pensyarah Pelawat USIM

PUTRAJAYA – Seorang sarjana Islam, pakar teologi, dan doktor perubatan berasal dari Syria dilantik sebagai Pensyarah Pelawat di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Profesor Dr. Muhammad Yahya Al-Ninowy, seorang cendekiawan dan penulis terkenal yang berpusat di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat dilantik sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar beliau dalam bidang pengajian [...]

Pakar Kewangan Islam terima anugerah kecemerlangan tertinggi USIM

NILAI – Pakar bidang kewangan Islam Prof. Dr. Fauzias Mat Nor menerima Anugerah Tokoh Akademik (Hasanul Mudir) dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) 2023 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Anugerah tertinggi tersebut diterima bersama 143 orang staf USIM yang diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 USIM.  "Saya menghargai anugerah ini dan saya perlu [...]

Profesor Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh Dilantik Sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

NILAI – Profesor Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 12 Ogos 2024 hingga 11 Ogos 2026. Majlis rasmi lantikan tersebut disempurnakan melalui sesi simbolik serahan kad staf Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang diadakan di Lobi [...]

Go to Top