Pendebat USIM cemerlang Debat Bahasa Arab Antarabangsa di Qatar
NILAI, 13 April 2017 – Pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama Universiti dan Malaysia apabila berjaya mara ke pertandingan akhir dan muncul naib juara Pertandingan Debat Bahasa Arab Universiti Antarabangsa (IUADC) di Doha, Qatar pada Rabu. Pendebat Bahasa Arab USIM dibarisi oleh Muhammad Muzakkir Ahmad Dali, Anis Amirah Zakaria, Nur Akma [...]