Alumni boleh main peranan membantu universiti melalui wakaf
KOTA BHARU, 12 Feb 2017 - Alumni Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang kini berjumlah lebih 14,000 boleh membantu Universiti melalui pendekatan wakaf samada berbentuk kewangan, pemindahan ilmu dan perkongsian pengalaman seperti dalam bidang keusahawanan kepada mahasiswa. USIM yang kini merupakan satu-satunya Universiti Awam yang mendapat status Mutawali dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan membolehkan [...]