UNIT KEBUDAYAAN USIM LANCAR ALBUM LAGU MELAYU ASLI

NILAI, 21 MAC 2014 – Dalam usaha memelihara khazanah Melayu dan meneruskan kesinambungan seni budaya, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Unit Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar melancarkan album bertajuk Lagu Melayu Asli dan Kelestarian Warisan USIM. Diterbitkan bukan tujuan mengaut keuntungan, album ini dilihat sebagai usaha USIM bagi memelihara warisan budaya dan terus mempopularkan [...]

By |2016-09-09T15:34:26+08:00Mac 25th, 2014|Berita, Berita Kampus|

MEMPERKASA AGENDA INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI-AMANAT 2014 NAIB CANSELOR USIM

NILAI, 20 MAC 2014 – Menjajarkan Pelan Strategik USIM ke Arah Pengukuhan Agenda Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli adalah misi yang ditekankan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Profesor Dato’ Dr Asma Ismail melalui Amanat Tahun 2014 Naib Canselor yang berlansung di Dewan Besar USIM. Dalam hasrat memberi nafas baharu kepada warganya [...]

By |2016-10-20T08:54:50+08:00Mac 21st, 2014|Berita, Berita Penyelidikan|

USIM HARGAI KERJASAMA PEGAWAI PENGURUSAN KESELAMATAN NEGERI SEMBILAN

Nilai 18 MAC 2014 – Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai Pengurusan Keselamatan Negeri Sembilan meriah disertai oleh seramai 20 orang Delagasi daripada Agensi Pegawai Keselamatan Setempat seluruh Negeri Sembilan yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, RELA, Jawatankuasa Penduduk sekitar Taman Perumahan Berhampiran USIM dan agensi keselamatan lain. Majlis yang diadakan di Lounge Eksekutif Canselori [...]

By |2016-09-05T10:33:47+08:00Mac 20th, 2014|Berita, Berita Kampus|

PROGRAM JELAJAH UMMAH FPBU DEKATI GOLONGAN GELANDANGAN

PUDURAYA, 15 Mac 2014 - Biro Kebajikan Nadi Thaqafah Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif bagi mendekati golongan gelandangan dengan  menganjurkan Program Jelajah Ummah bersama Gelandangan di sekitar ibu kota pada sabtu lepas. Seramai 39 orang pelajar dan staf terlibat dalam program kali ini yang diketuai oleh Encik Shahrul [...]

By |2016-10-20T08:54:51+08:00Mac 19th, 2014|Berita, Berita Kampus|

VIDEO KREATIF DISLEKSIA ORIGAMI PIKAT JURI

AYER KEROH, 12 Mac 2014  - Tidak memiliki latar-belakang pengajian dalam seni persembahan atau perfileman tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai fakulti bergabung idea kreatif mereka untuk menghasilkan sebuah video menarik berkaitan Disleksia. Video pendek berdurasi 3.04 minit yang berjudul "Origami" terbitan kumpulan mereka yang dinamakan Light Motion [...]

By |2016-09-05T10:38:14+08:00Mac 18th, 2014|Berita, Berita Kampus|

WARGA USIM TUNAI SOLAT ISTISQA’ DAN DOAKAN MH370

NILAI, 13 Mac 2014 – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menunaikan Solat Sunat Istisqa’ di Dataran Canselori USIM yang bermula pada jam 8.30 pagi. Istisqa’ yang bermaksud siraman air adalah solat sunat yang ditunaikan secara khusus sebagai salah-satu ikhtiar memohon turunnya hujan. Musim kemarau berpanjangan yang melanda negara sejak bulan lalu dan dijangka berterusan [...]

By |2016-10-20T08:54:52+08:00Mac 13th, 2014|Berita, Berita Kampus|

PUSAT TAMHIDI UNGGULI DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2014

NILAI, 9 Mac 2014 – Kejohanan Debat Piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang memasuki edisi Ke-7 penganjurannya pada tahun ini menyaksikan Pusat Tamhidi dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Naib Canselor. Kejohanan Debat Piala Naib Canselor anjuran Kelab Debat USIM dengan kerjasama Unit Kepimpinan Bahagian Hal Ehwal Pelajar berlangsung [...]

By |2016-09-05T10:45:59+08:00Mac 11th, 2014|Berita, Berita Kampus|

i-FeST GALAK MAHASISWA USIM MINAT BIDANG SAINS

NILAI, 1 Mac 2014 - Bertemakan ‘Legacy of Golden Age’, pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat julung kalinya menganjurkan Islamic Festival of Science and Technology (i-FeST) 2014 yang berlangsung selama enam hari bermula 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 di Dataran Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP). Pelbagai gerai, pameran dan seminar [...]

By |2016-09-05T10:48:23+08:00Mac 6th, 2014|Berita, Berita Kampus|

ANUGERAH TOKOH SISWA IKTIRAF DUA SISWA USIM

KUALA TERENGGANU, 1 Mac - Dua penuntut Tahun Empat Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah tersendiri buat diri mereka apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan sempena Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2013 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang berlangsung di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di Terengganu pada 1 Mac 2014 [...]

By |2016-11-28T15:44:12+08:00Mac 4th, 2014|Berita, Berita Kampus|

KUMPULAN DE NOONA’S DINOBAT IKON INOVASI BH 2013

PUTRAJAYA, 27 Feb 2014 - Kumpulan De Noona’s yang mempertaruhkan produk laksa yang diperbuat daripada barli mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Inovasi pada Majlis Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian 2013. Majlis yang berlangsung dengan meriah itu telah diadakan di Hotel Everly, Putrajaya. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang pelajar yang diketuai oleh [...]

By |2016-09-09T15:39:44+08:00Mac 3rd, 2014|Berita, Berita Kampus|
Go to Top