PROGRAM SEKOLAH KLUSTER

Perubahan persekitaran yang berbeza telah mendorong Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melaksanakan satu langkah permuafakatan yang menggabungkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan institusi sekolah di dalam sebuah program sekolah angkat IPTA. Sekolah-sekolah Kluster yang cemerlang ditindikkan kepada IPTA yang berperanan sebagai mentor kepada sekolah di dalam bitara sekolah masing-masing. Rangkaian kerjasama strategik antara IPTA dan Sekolah Kluster antara lain membolehkan pihak sekolah menggunakan kemudahan di IPTA di samping para pelajar sekolah boleh ditempatkan di dalam program akademik, kemahiran insaniah dan keusahawanan IPTA. Guru-guru sekolah juga dapat menyertai dan menjayakan program-program khas persekolahan, kaunseling, bimbingan dan motivasi yang dianjurkan pihak IPTA.

Senarai Sekolah Kluster USIM

Bil.

Negeri

Nama Sekolah

Kebitaraan Akademik

Kebitaraan Kokurikulum

1.Negeri SembilanSMKA Sheikh Hj Mohd SaidPendidikan IslamCatur
2.SelangorSMKA Maahad HamidiahPendidikan IslamMemanah
3.Negeri SembilanSK SeliauBahasa MelayuBola Baling
4.Negeri SembilanSK TapakBahasa MelayuMuzik
5.Negeri SembilanSK Seremban 2A, SerembanBahasa InggerisBoling
6.Negeri SembilanSMKA Dato’ Hj. Abu HassanBahasa MelayuMemanah
7.Negeri SembilanSK LinggiBahasa MelayuBoling Tenpin
8.SelangorSAMT Sultan HisamuddinPendididkan Al-Quran & As-SunnahMuzik & Kesenian Islam
9.W/P PutrajayaSMK Agama PutrajayaBahasa ArabKesenian Islam
10.Negeri SembilanSK Port DicksonBahasa InggerisSofbol
11.Negeri SembilanSK Seremban 2B, SerembanBahasa Melayu
12.PerakSMKA Sultan Azlan ShahBahasa Arab
Bahasa Inggeris
Agama Islam
 Tarikh kemaskini: 11 April 2018