PROGRAM SEKOLAH KLUSTER

Perubahan persekitaran yang berbeza telah mendorong Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melaksanakan satu langkah permuafakatan yang menggabungkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan institusi sekolah di dalam sebuah program sekolah angkat IPTA. Sekolah-sekolah Kluster yang cemerlang ditindikkan kepada IPTA yang berperanan sebagai mentor kepada sekolah di dalam bitara sekolah masing-masing. Rangkaian kerjasama strategik antara IPTA dan Sekolah Kluster antara lain membolehkan pihak sekolah menggunakan kemudahan di IPTA di samping para pelajar sekolah boleh ditempatkan di dalam program akademik, kemahiran insaniah dan keusahawanan IPTA. Guru-guru sekolah juga dapat menyertai dan menjayakan program-program khas persekolahan, kaunseling, bimbingan dan motivasi yang dianjurkan pihak IPTA.

Senarai Sekolah Kluster USIM

Bil.

Negeri

Nama Sekolah

Kebitaraan Akademik

Kebitaraan Kokurikulum

1. Negeri Sembilan SMKA Sheikh Hj Mohd Said Pendidikan Islam Catur
2. Selangor SMKA Maahad Hamidiah Pendidikan Islam Memanah
3. Negeri Sembilan SK Seliau Bahasa Melayu Bola Baling
4. Negeri Sembilan SK Tapak Bahasa Melayu Muzik
5. Negeri Sembilan SK Seremban 2A, Seremban Bahasa Inggeris Boling
6. Negeri Sembilan SMKA Dato’ Hj. Abu Hassan Bahasa Melayu Memanah
7. Negeri Sembilan SK Linggi Bahasa Melayu Boling Tenpin
8. Selangor SAMT Sultan Hisamuddin Pendididkan Al-Quran & As-Sunnah Muzik & Kesenian Islam
9. W/P Putrajaya SMK Agama Putrajaya Bahasa Arab Kesenian Islam
10. Negeri Sembilan SK Port Dickson Bahasa Inggeris Sofbol
11. Negeri Sembilan SK Seremban 2B, Seremban Bahasa Melayu
12. Perak SMKA Sultan Azlan Shah Bahasa Arab
Bahasa Inggeris
Agama Islam
 Tarikh kemaskini: 11 April 2018