Project Description

USIM aspires to produce a generation of balanced multi-lingual leaders who are respected, referred and relevant with a social conscience. The social responsibility and awareness among staff and students are achieved through several programmes, one of which is the Global Islamic Staff/Student Outreach Programme (GISO). Recognised as USIM’s highly successful flagship programmes, GISO outreach projects are merit based which are initiated and implemented overseas using funds raised by the staff and students. To date more than 40 countries have benefitted from this programme.

Pengenalan

Pengembaraan USIM GISO ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 bertujuan membuka ruang kepada pelajar untuk terlibat dalam misi dakwah ke serata dunia melalui pelbagai aktiviti libatsama masyarakat dan kesukarelawanan terutamanya di negara minoriti umat Islam.

Sepanjang enam (6) tahun penganjurannya dari tahun 2011 hingga tahun 2016, sejumlah 157 pengembaraan dengan penglibatan 3181 pelajar telah dilaksanakan meliputi 20 buah negara termasuklah China, Filipina, Australia, Jepun, Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand, Maldives, India, Indonesia, Sri Lanka, Korea Selatan, India, Singapura, Brunei, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Lubnan dan Jordan.

Aktiviti libatsama masyarakat (community engagement) yang dilaksanakan melalui Pengembaraan USIM GISO ini memfokuskan kepada pemindahan dan perkongsian ilmu dan manfaat di antara pelajar dan komuniti setempat yang diziarahi dalam usaha mengupayakan (empower) komuniti tersebut agar mereka berupaya mentransformasikan kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik seperti berikut:

  1. Penyediaan kemudahan sanitasi (gali perigi, baik pulih tandas dan tempat wudu’)
  2. Pembelajaran membaca, menulis dan mengira (3M)
  3. Pengajaran asas fardu ain dan bacaan al-Quran
  4. Ziarah santun bersama anak yatim
  5. Pengajaran bahasa Arab dan Inggeris
  6. Pelaksanaan korban dan akikah
  7. Pengajaran seni khat
  8. Pembinaan perpustakaan mini
  9. Agihan pelbagai sumbangan
  10. Khidmat seni budaya
  11. Pembinaan wakaf
  12. Khidmat terapi seni
  13. Penjagaan kebersihan diri
  14. Ssesi kaunseling kelompok dan individu
  15. Pengajaran al-quran braille
  16. Klinik sukan

PENGEMBARAAN GISO (2011-2016)

0
PENGEMBARAAN
0
NEGARA
0
PELAJAR

Related Info

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Tel: +606-798 6157/6158/6159
Faks: +606-798 6155
emel: hep@usim.edu.my

Featured Video