Project Description
Pengenalan
Pengembaraan USIM GISO ini telah dilaksanakan sejak tahun 2011 bertujuan membuka ruang kepada pelajar untuk terlibat dalam misi dakwah ke serata dunia melalui pelbagai aktiviti libatsama masyarakat dan kesukarelawanan terutamanya di negara minoriti umat Islam.
Sepanjang enam (6) tahun penganjurannya dari tahun 2011 hingga tahun 2016, sejumlah 157 pengembaraan dengan penglibatan 3181 pelajar telah dilaksanakan meliputi 20 buah negara termasuklah China, Filipina, Australia, Jepun, Kemboja, Vietnam, Laos, Thailand, Maldives, India, Indonesia, Sri Lanka, Korea Selatan, India, Singapura, Brunei, Emiriah Arab Bersatu, Turki, Lubnan dan Jordan.
Aktiviti libatsama masyarakat (community engagement) yang dilaksanakan melalui Pengembaraan USIM GISO ini memfokuskan kepada pemindahan dan perkongsian ilmu dan manfaat di antara pelajar dan komuniti setempat yang diziarahi dalam usaha mengupayakan (empower) komuniti tersebut agar mereka berupaya mentransformasikan kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik seperti berikut:
- Penyediaan kemudahan sanitasi (gali perigi, baik pulih tandas dan tempat wudu’)
- Pembelajaran membaca, menulis dan mengira (3M)
- Pengajaran asas fardu ain dan bacaan al-Quran
- Ziarah santun bersama anak yatim
- Pengajaran bahasa Arab dan Inggeris
- Pelaksanaan korban dan akikah
- Pengajaran seni khat
- Pembinaan perpustakaan mini
- Agihan pelbagai sumbangan
- Khidmat seni budaya
- Pembinaan wakaf
- Khidmat terapi seni
- Penjagaan kebersihan diri
- Ssesi kaunseling kelompok dan individu
- Pengajaran al-quran braille
- Klinik sukan