Project Description

USIM Tijarah Holdings Sdn. Bhd (UTHSB) mengendalikan Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) yang menawarkan perkhidmatan pakar perubatan, pakar pergigian dan rawatan pesakit luar kepada masyarakat di sekitar Nilai. Pusat ini mempunyai kelebihan dari segi modal insan kerana melibatkan doktor-doktor pakar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Falkuti Pergigigan (FPg) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). la juga akan dilengkapi dengan peralatan yang berasaskan teknologi terkini. Di antara perkhidmatan pakar yang ditawarkan adalah Pakar Perubatan Keluarga,Pakar Perbidanan dan Sakit Puan (O&G), Pakar Perubatan Dalaman, Pakar Mata (Oftalmologi), Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT),Pakar Ortopedik,Pakar Psikiatri ,Pakar Pembedahan Am,serta Pakar Pergigian.

Pusat Pakar Kesihatan USIM (PPKU) menawarkan perkhidmatan yang komprehensif yang merangkumi bidang-bidang berikut :

  • Perundingan perubatan, prosedur dan diagnostik :
    • Perubatan Am & Perubatan Keluarga
    • Pakar Perubatan Dalaman
    • Pakar Ortopedik
    • Perbidanan Dan Sakit Puan (O&G): klinik antenatal dan postnatal, klinik infertiliti, dan klinik kesihatan wanita.
    • Klinik Mata (Oftalmologi)
    • Pembedahan: pembedahan am, berkhatan.
    • Klinik Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)
    • Radiologi: ultrasound, x-ray
  • Pergigian : diagnosis,tampalan,crown & bridge,periodontik,rawatan akar,pembedahan kecil,rawatan pencegahan,otodontik(braces),prostetik,implan dan pemutihan gigi.
  • Farmasi
  • Pemeriksaan dan saringan kesihatan
  • Ceramah kesihatan
  • Perundingan kesihatan Islami
  • Kemudahan makmal
  • Panel

Related Video

Related Info

LOKASI KLINIK:

LOT 193-194 JALAN NILAI SQUARE 6
NILAI SQUARE
71800 NILAI,NEGERI SEMBILAN
(GPS : 2.8241187 , 101.7936479)
-Berhampiran Klinik Kesihatan Nilai
-Berhampiran Stesen Minyak Shell
-Berdekatan Outlet Ice Room

Website:
http://klinikpakar.usim.edu.my