Dr. Asep Budirachman
Dr. Asep BudirachmanPegawai Pergigian Pusat Kesihatan Universiti

Bahagian dari tubuh badan manusia yang paling keras adalah enamel gigi. Enamel merupakan lapisan paling luar dari struktur mahkota gigi. Namun lapisan enamel ini tipis sahaja, di bawahnya terdapat lapisan yang mempunyai kekerasan yang lebih kurang sama dengan tulang yakni lapisan dentin. Terdedahnya lapisan dentin dapat menyebabkan gigi menjadi sensitif. Rasa sensitif ini biasanya dapai dirasai dari makanan atau minuman yang sejuk, panas, manis atau masam.

Penyebab Gigi Sensitif :
1. Gigi yang berlubang, retak, tampalan yang tertanggal atau bocor.
2. Hakisan gigi. Lapisan enamel gigi boleh terhakis oleh asid yang terdapat pada makanan atau minuman yang terlalu masam atau kerana terlalu kerap pengambilannya. Ia juga terjadi akibat terlalu kerap mengambil minuman berkarbonat.
3. Gusi menyusut. Gusi menyusut lazimnya berlaku pada warga emas sehingga mendedahkan bahagian akar gigi. Namun kekotoran gigi yang teruk disebabkan banyaknya karang gigi.
4. Lelasan gigi. Memberus gigi yang terlalu kuat atau menggunakan berus gigi yang mempunyai bulu berus yang keras hingga menyebabkan gigi terlelas.
5. Gigi sensitif juga disebabkan faktor seperti tabiat mengancing atau mengetam gigi sehingga permukaan gigi menjadi haus.

Tips Pencegahan Gigi Sensitif :
1. Bersihkan gigi setiap hari menggunakan berus gigi yang lembut, sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi selepas sarapan dan sebelum tidur pada malam hari. Gunakan teknik yang betul untuk memberus gigi dan jangan memberus gigi terlalu kuat.
2. Kurangkan atau elakkan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu masam terutamanya minuman berkarbonat.
3. Buatlah pemeriksaan pergigian secara berkala, dapatkan rawatan yang diperlukan.

Cara Mengatasi Rasa Gigi Sensitif :
1. Dapatkan rawatan tampalan sekiranya terdapat lubang pada gigi atau tampalan lama yang telah retak atau tercabut.
2. Gunakan ubat khas untuk gigi yang sensitif. Ubat gigi tersebut juga boleh disapukan pada permukaan gigi yang ngilu. Kesannya dapat dirasai selepas beberapa hari atau beberapa minggu penggunaannya.
3. Dapatkan pemeriksaan doktor gigi sekiranya rasa sensitif dan ngilu masih berterusan.