PEMBIAYAAN WAKAF

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullullah S.A.W. telah bersabda “Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkannya atau anak yang soleh yang mendoakannya.”

“Bandingan (perbelanjaan derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah amat luas (rahmat) kurnia-nya lagi meliputi ilmu pengetahuan-nya.”
(Surah al-Baqarah: ayat 261)

Sebagai institusi pengajian tinggi yang menerajui Integrasi ilmu Naqli dan Aqli, USIM percaya kepada konsep Waqf sebagai pembiayaan mampan bagi Universiti. Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah mewujudkan beberapa inisiatif untuk menggerakkan wakaf sebagai agenda utama universiti. Ini termasuk pembangunan program Wakaf Tunai USIM, program Wakaf Tapak dan Program Wakaf Pendidikan. Pada bulan Julai 2013, USIM telah dilantik sebagai Mutawalli Dana Wakaf  oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAINS). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, USIM boleh membangun dan menguruskan dana wakaf serta mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif.

KATEGORI WAKAF

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ)
Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: 06-798 6293 / 8007 / 011-52590225

Website : http://pwz.usim.edu.my/