Faculty of Quranic and Sunnah Studies (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) has been striving hard to empower research for the Disabled community or OKU. This is due to the problems faced by the community although a lot of programmes have been conducted by the government and the non-government organisations (NGOs) in the country.

According to Assoc.Prof Dr Adnan Mohamed Yusof, the Dean of FPQS, the research conducted by the academicians in the faculty found out that the efforts to deliver knowledge, especially knowledge on Islamic education, Al-Quran and Sunnah have not yet being thoroughly explored by scholars and preachers. There are needs to disseminate the knowledge to this special community as there are many arising issues or problems that they have in understanding and practicing Islam. Therefore, issues pertaining the Islamic education, Quran and Sunnah for the Disabled community have been chosen as a showcase of the faculty. It is also a platform for academicians, scholars and preachers to fulfill their responsibility in educating this non-marginalised community. Besides that, it is one of the faculty’s Blue Ocean Strategy in creating the image of the faculty to address issues with regards to contemporary education in Al-Quran and Sunnah.
“Up to this point, FPQS has successfully conducted 10 research for the Disabled through a number of research grants received by its academicians and through join-research with other faculties in USIM as well as with other universities”.

“Besides that, there are about 21 titles of thesis on the Disabled have been approved by the faculty for Undergraduate programmes, under the supervision of FPQS academicians. This is a proof that there are many more areas to be explored to help this community. It is hoped that the thesis can gather comprehensive data for the faculty to create a much friendlier environment to the Disabled in the future,” he added.

FPQS has also published seven book on the Disabled community such as Braille Al Quran: Sejarah dan Kaedah; Monograf Standard Transkripsi Penulisan Arab/Jawi Braille; Pengajaran Al Quraan Braille; Monograf Penyelidikan USIM Pembangunan Braille Al Quran Rasm Uthamni; Buku Iqra’ Braille 1-6; Fiqh Jenayah Orang Kelainan Upaya; and Toleransi Nabawi Dalam Kepelbagaian Bangsa. Not only that, about ten journal articles have been continuously published from 2010 to 2016.

FPQS hopes that the efforts to assist the Disabled can be strengthen through community network. Among the programmes that have been successfully conducted with the collaboration from community are Malam Meraikan Tetamu Syurga, Majlis Makan Malam Amal & OKU Berselawat; Anak Istimewa Anakku Tiket ke Syurga V2; Jom Dhuha Bersama Anak Autisme; OKU Berdoa: Bicara Tanpa Hijab; Lawatan Khidmat Ummah Mahasiswa Prihatin OKU; Simposium Khidmat Ummah: The Gift of Life; Simposium Khidmat Ummah (Dakwah OKU) Peringkat Nusantara kali ke 3; and Program Hari Menyantuni OKU. As a champion in this issue, FPQS also has their own student association which actively involves in the community programme with the Disabled named Persatuan Sahabat FAQEH.

On the other hand, in order to expose USIM students on the efforts to help the Disabled, many seminars and workshops have been organised such as Kursus Dakwah Tanpa Suara and Forum Dakwahku untuk Siapa. FPQS is also enthrusted to conduct consultation service Training for Trainers (TOT) in Braille application in the teaching of Quran and Sunnah. To add the excellent record on this, FPQS has official collaboration with Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, (PERTIS); Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) and Yayasan Pendidikan Al Quran Bagi Anak Istimewa (FAQEH).

As the paycheck for the hard effort of FPQS academicians and researchers in playing significant role in helping the Disabled, they have again, made USIM proud by winning a lot of awards such as Gold medal in Ekspo Inovasi Islam 2014 (Smart Iqra Braile); i-INOVA’2015 (i-TALK PAI, Rasm Uthmani Braille and Sahiba Game). In i-TEX 2015, FPQS has walked away with Gold medal through Smart Iqra Braille. Consecutively in i-TEX 2016, they claimed another Gold medal through I TALK PISKEB and Smart Iqra Braille was chosen as the recipient of Special Award (INPEX Award of Excellence). Not only that, FPQS has won the Gold medal through I TALK PISKEB in the International Invention and Innovative Competition (INIIC 2016). Last but not least, in 2015, Smart Iqra Braille research was selected as the winner of the Research Excellence Award in Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi USIM 2015.

FPQS hopes that this noble efforts will be strongly supported by many parties in bigger scale especially in the aspect of funding, consultancy service and other forms of cooperation in order to provide an efficient platform to researchers to identify, create and find the solutions to the critical issues so that the blessings of Islam as ‘Rahmatan Lil Alamin’ will be treasured by this community.

It is also hoped that, through the research and innovation conducted to this community, their real potentials can be polished comprehensively, and they too can play a role to contribute to the development of society, country and Muslim ummah at large.

Indeed, their potential and ability cannot be denied as long as opportunity are well-provided for them to shine, as shown by many all-time figures who are Disabled. FPQS is expecting that in the near future, a centre for excellence (CoE) for the educating the Disabled based on Al- Quran and Sunnah will be established in USIM as another signature of the Blessed Campus of USIM.

 


 

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berusaha memperkasakan penyelidikan berkaitan dengan kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU). Ini kerana, pihak FPQS menyedari bahawa program bagi membantu golongan OKU masih lagi menghadapi kesukaran biar pun banyak langkah telah dibuat oleh pihak Kerajaan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini.

Menurut Prof Madya Dr Adnan Mohamed Yusof, Dekan FPQS, penyelidikan yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik di fakulti mendapati bahawa usaha untuk menyampaikan ilmu berkaitan pendidikan asas agama Islam umumnya dan ilmu asas pendidikan Quran dan Sunnah khususnya, masih belum diterokai oleh para ilmuwan, pendakwah dan pengkaji dengan secukupnya. Masih banyak keperluan bagi menyampaikan ilmu ini kepada mereka masih belum dipenuhi dan masih banyak persoalan yang melingkari isu penyampaian pendidikan Islam kepada mereka yang belum diberi solusi. Justeru, isu berkaitan penyampaian pendidikan Islam, Quran dan Sunnah kepada golongan OKU ini telah dipilih sebagai salah satu ‘showcase’ FPQS sebagai satu platform kepada para ilmuwan, pendakwah dan penyelidik untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada kumpulan ini. Selain itu, ia merupakan sebahagian dari Strategi Lautan Biru fakulti dalam membina imej dan citra fakulti untuk mendepani isu-isu berkaitan pengajian serta pendidikan kontemporari Quran dan Sunnah.

“Sehingga kini, pihak FPQS telah menjalankan sebanyak 10 penyelidikan berkaitan dengan OKU ini menerusi pelbagai geran penyelidikan yang diterima oleh kakitangan akademik di FPQS dan juga melalui penyelidikan bersama dengan fakulti lain di USIM dan juga Universiti lain”.

“Selain itu juga, sebanyak 21 tajuk penulisan tesis berkaitan OKU ini telah diluluskan untuk pelajar peringkat Sarjana Muda di bawah Penyeliaan kakitangan akademik FPQS. Ini mejelaskan bagaimana terdapatnya banyak ruang bagi tujuan membantu golongan OKU ini. Projek ilmiah ini diharapkan dapat digunakan bagi mengumpulkan data yang komprehensif ke arah menyediakan persekitaran yang lebih mesra kepada kelompok OKU kelak, tambah Prof. Adnan” .

FPQS telah menghasilkan sebanyak tujuh buah buku berkaitan dengan OKU seperti Braille Al Quran: Sejarah dan Kaedah; Monograf Standard Transkripsi Penulisan Arab/Jawi Braille; Pengajaran Al Quraan Braille; Monograf Penyelidikan USIM Pembangunan Braille Al Quran Rasm Uthamni; Buku Iqra’ Braille 1-6; Fiqh Jenayah Orang Kelainan Upaya; dan juga buku Toleransi Nabawi Dalam Kepelbagaian Bangsa. Selain itu, sebanyak sepuluh buah penulisan telah diterbitkan dalam jurnal sejak dari tahun 2010 hingga tahun 2016.

FPQS juga berharap usaha membantu golongan OKU ini dapat terus diperkukuhkan melalui jaringan dengan pihak komuniti. Antara program kerjasama dengan komuniti yang telah dilaksanakan oleh pihak FPQS ialah Malam Meraikan Tetamu Syurga Majlis Makan Malam Amal & OKU Berselawat; Anak Istimewa Anakku Tiket ke Syurga V2; Jom Dhuha Bersama Anak Autisme; OKU Berdoa: Bicara Tanpa Hijab; Lawatan Khidmat Ummah Mahasiswa Prihatin OKU; Simposium Khidmat Ummah: The Gift of Life; Simposium Khidmat Ummah (Dakwah OKU) Peringkat Nusantara kali ke 3; dan juga Program Hari Menyantuni OKU. Pihak FPQS juga mempunyai sebuah persatuan pelajar yang terlibat secara aktif dalam program komuniti golongan OKU iaitu persatuan Sahabat FAQEH.

Manakala bagi tujuan memberikan pendedahan kepada pelajar USIM mengenai usaha menyantuni golongan OKU ini, pelbagai seminar dan bengkel telah diadakan seperti Kursus Dakwah Tanpa Suara dan juga Forum Dakwahku untuk Siapa. Pihak FPQS turut diberikan kepercayaan untuk menjalankan khidmat perundingan berkaitan dengan latihan untuk jurulatih (TOT) dalam aplikasi Braille dalam Pengajaran Quran dan Sunnah. Pihak FPQS juga telah mempunyai kerjasama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM),Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, (PERTIS); Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (NESDA) dan juga Yayasan Pendidikan Al Quran Bagi Anak Istimewa (FAQEH).

Hasil daripada usaha para penyelidik FPQS dalam memperkasakan penyelidikan berkaitan dengan golongan OKU ini, mereka telah berjaya memenangi beberapa anugerah seperti Pingat Emas dalam Ekspo Inovasi Islam 2014 (Smart Iqra Braile); i-INOVA’2015 (i-TALK PAI, Rasm Uthmani Braille dan Sahiba Game). Manakala dalam i-TEX 2015, FPQS telah mengondol Pingat Emas melalui Smart Iqra Braille. Pada i-TEX 2016 pula mendapat Pingat Emas melalui I TALK PISKEB dan Smart Iqra Braille pula dipilih menerima Anugerah Khas (INPEX Award of Excellence). Selain itu, FPQS juga telah memenangi Pingat Emas melalui penyelidikan I TALK PISKEB dalam International Invention and Innovative Competition (INIIC 2016). Pada tahun 2015, penyelidikan Smart Iqra Braille telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan sempena Majlis Anugerah Kualiti dan Inovasi USIM 2015.

FPQS sangat berharap agar usaha ini dapat terus diperkasakan dengan sokongan dari pihak berwajib dalam skala yang lebih besar terutama dari aspek pembiayaan, khidmat kepakaran, serta kerjasama berkaitan akses kepada institusi berkaitan, bagi memberi ruang yang lebih meluas kepada para penyelidik untuk mengenalpasti, menghayati serta mencari solusi terhadap isu-isu sebenar yang kritikal di lapangan supaya nikmat hidayah Islam sebagai ‘Rahmatan Lil Alamin’ turut dapat dirasai dan dihayati oleh kumpulan OKU ini.

Mudah-mudahan dengan cara ini, berbagai potensi yang ada dalam diri kumpulan ini dapat dibangunkan dengan lebih komprehensif dan optimum, untuk mereka turut serta menyumbang bakti kepada usaha pembangunan masyarakat, negara dan ummah.

Sesungguhnya potensi serta kemampuan yang ada pada mereka untuk berbakti, terbukti tidak dapat dinafi jika peluang dan ruang secukupnya diberikan kepada mereka sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh para tokoh OKU sepanjang zaman. FPQS mensasarkan dalam tempoh terdekat ini,sebuat pusat kecemerlangan berkaitan pendidikan OKU berteraskan Quran dan Sunnah akan terbina di USIM sebagai sebuah lagi mercu tanda Kampus Barakah USIM.

Disediakan oleh:
Asri Husain
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204