NILAI- Matlamat utama adalah untuk mengimarahkan masjid dengan teknologi di hujung jari. Produk Satu Masjid Satu Progressive Web App (PWA) telah membuahkan hasil apabila turut meraih Anugerah Khas di Pertandingan Inovasi Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan 2020 dengan membawakan PWA MSSNS (Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan).

Progressive Web App (PWA) ialah satu software dengan gabungan teknologi web dan aplikasi mudah alih. Hasilnya aplikasi berasaskan web, boleh dilayari seperi laman web biasa menggunakan URL, tetapi boleh juga berfungsi, memiliki ‘features’ dan navigasi direka bentuk seperti aplikasi yang kita biasa gunakan di telefon pintar. PWA memiliki ciri-ciri seperti aplikasi mudah alih antaranya boleh digunakan walaupun tiada sambungan internet, boleh menerima notifikasi daripada pelayan (push notification), malah boleh mengakses perkakasan peranti seperti kamera, mikrofon dan sebagainya.

Menurut Ketua Kumpulan, Mohamad Amir Hakim Bin Shamsuddin idea ini tercetus apabila pembelajaran CTPS; Creative Thinking & Problem Solving yang diajar oleh Dr Anita Ismail pada sewaktu semester kedua program pengajian Quran Multimedia.

“Aplikasi ini berfungsi apabila pengguna menggunakan telefon pintar bagi melayari laman web masjid yang telah dijana dengan PWA. Secara tidak langsung laman web ini akan ditukar kepada paparan mobile apps dan berfungsi sebagai mobile apps. Sekiranya ahli qariah melayari di peranti laptop ataupun computer, paparannya sama seperti melayari laman web sedia ada”.

Menurut Amir terdapat beberapa fungsi yang terdapat di dalam aplikasi ini yang mana memudahkan pihak masjid menyampaikan maklumat dengan lebih efisien, membantu menjana kewangan masjid melalui e-donation dan e-commerce yang terdapat di dalam aplikasi, membuat tempahan fasiliti masjid dengan mudah. Selain itu juga membolehkan pihak masjid mengemaskini laporan kewangan, video-video berkaitan dengan kuliah melalui live streaming, juga membantu ahli qariah dalam merungkai persoalan-persoalan yang timbul berkenaan hal ehwal agama melalui channel yang disediakan di dalam aplikasi ini.

PWA ini juga telah memenangi pingat gangsa di The Exposition on Islamic Innovation (I-Inova 2018) dengan membawa produk PWA MYKITM (My Kompleks Islam Tuanku Muhriz).

Ahli Kumpulan

  1. MOHAMAD AMIR HAKIM BIN SHAMSUDDIN (Ketua Kumpulan)
  2. FAREEZ AIZAT BIN YAACOB
  3. WAN MUHAMAD WAEZ BIN WAN ROSLI
  4. SITI NORDINA BINTI IHSAN
  5. SHAFIQAH BINTI MD ZIN

Penasihat: Prof. Madya Dr. Noornajihan Binti Ja’afar

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan