USIM Naib Johan Pidato IPT Serantau berjaya tambat hati warga Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN: Peserta daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Pidato Institut Pengajian Tinggi Serantau bersempena Mahrajan Hafl Al-Takharruj 2024 yang berlangsung di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam pada 28 September 2024 baru-baru ini. Najmi Adli Mustaffa yang juga merupakan pelajar tahun empat, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan [...]

By |2024-10-14T10:36:23+08:00October 14th, 2024|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Tabuh Pendeta USIM Bolot Kejuaraan Derak Dikir Gegar

KUANTAN - Program “Derak Dikir Gegar” yang berlangsung di Dewan Sri Makhota, Politeknik Sultan Ahmad Shah, menjadi saksi kehebatan kumpulan dikir barat Tabuh Pendeta daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila berjaya dinobatkan sebagai juara. Program ini dianjurkan oleh stesen radio popular THR Gegar dan melibatkan penyertaan daripada empat kumpulan, termasuk Institut Kemahiran Tinggi Belia [...]

By |2024-11-07T17:36:21+08:00October 12th, 2024|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Pelajar Baharu USIM galas amanat dalam Majlis Lafaz Ikrar disaksikan Menteri Agama

NILAI – Seramai lebih 2,000 pelajar baharu USIM mengangkat ikrar sebagai simbolik komitmen mereka dalam menjalani kehidupan kampus dengan penuh integriti dan tanggungjawab pada 4 Oktober 2024. Majlis Lafaz Ikrar yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor ini disaksikan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal [...]

36 Pegawai Kadet PALAPES USIM Ditauliahkan Sebagai Leftenan Muda di Istiadat Pentauliahan Diraja

TANJONG MALIM - Seramai 36 Pegawai Kadet PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Muda PALAPES Universiti Awam ke-42 tahun 2024 bertempat di Padang Kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak pada 21 September 2024. Mereka adalah terdiri [...]

USIM Memperkasa Warga Emas Melalui Karnival Sihat Madani 2024

NILAI – Sempena sambutan Hari Warga Emas Sedunia yang diraikan setiap tahun pada 1 Oktober, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Karnival Sihat Madani 2024 dengan menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari kalangan warga emas setempat sebagai acara kemuncak bagi Program Kesejahteraan Holistik di Usia Emas. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah projek [...]

USIM dan IBFIM perbaharui kerjasama perkukuh Kewangan Islam melalui Program Juruaudit Syariah Bertauliah  

KUALA LUMPUR - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM) telah memperbaharui Memorandum Perjanjian (MoA) pada 30 September 2024 dengan menyambung jalinan kerjasama untuk penawaran program Certified Professional Shariah Auditor (CPSA) di Bangunan AICB Jalan Dato Onn Kuala Lumpur. USIM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin [...]

Pelajar USIM raih kemenangan Pertandingan Video Pendek KPT

PUTRAJAYA – Jauh perjalanan, luas pemandangan, itulah pepatah yang sinonim dengan sosok anak muda kelahiran Pulau Pinang, Hazim Rosli pelajar tahun empat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Video yang bertajuk “Jiwa Merdeka” dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Video Pendek sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2024 anjuran Kementerian Pengajian [...]

USIM Johan Nasyid Festival Kesenian Islam Kemas Peringkat Negeri Sembilan

SEREMBAN -  Kumpulan nasyid Intracksee dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengungguli pertandingan nasyid yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada 30 September 2024 baru-baru ini. Kumpulan Intracksee memukau hati juri dengan dua persembahan lagu, iaitu Pintalan Rindu dan Warkah Munsyid. Intracksee yang dianggotai oleh 10 orang ahli [...]

Go to Top