Tabuh Pendeta USIM Bolot Kejuaraan Derak Dikir Gegar
KUANTAN - Program “Derak Dikir Gegar” yang berlangsung di Dewan Sri Makhota, Politeknik Sultan Ahmad Shah, menjadi saksi kehebatan kumpulan dikir barat Tabuh Pendeta daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) apabila berjaya dinobatkan sebagai juara. Program ini dianjurkan oleh stesen radio popular THR Gegar dan melibatkan penyertaan daripada empat kumpulan, termasuk Institut Kemahiran Tinggi Belia [...]