USIM dan Universiti Anbar, Iraq Jalin Kerjasama Akademik Antarabangsa melalui MoU

NILAI – Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melebarkan rakan strategiknya di luar negara apabila USIM memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Anbar, Iraq pada Jumaat. Majlis menandatangani MoU antara kedua-dua universiti disempurnakan oleh USIM yang diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato Ts Dr Sharifudin Md Shaarani manakala Universiti Anbar  [...]

Buku Kewangan Islam Cetus Wacana Segar di PBAKL 2025

KUALA LUMPUR – Majlis Pelancaran Buku dan segmen Biar Buku Bicara: The Future of Islamic Finance: Beyond Legalism and Shari’ah Compliance berlangsung meriah di Pentas Utama, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 29 Mei 2025 bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025. Buku ilmiah hasil tulisan YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri [...]

Latihan Revolver .38 Kor SUKSIS USIM: Persediaan Holistik Pelatih Hadapi Cabaran Dunia Sebenar

NILAI – Kor SUKSIS Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan kerjasama pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, telah berjaya melaksanakan Program Latihan Menembak Senjata Api Revolver .38. Program tahunan ini merupakan salah satu aktiviti utama bagi para pelatih Kor SUKSIS USIM dan telah berlangsung dengan jayanya selama sehari. Seramai 202 orang [...]

Latihan Abseiling dan Keyakinan Diri Mantapkan Kecergasan Tempur Pegawai Kadet PALAPES USIM

NILAI - Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkasa keupayaan dan keberanian anggotanya menerusi pelaksanaan Ujian Kemahiran Tempur (UKT) Komponen 3 yang merangkumi latihan abseiling dan rappelling, serta Latihan Keyakinan Diri khas untuk Pegawai Kadet. Latihan intensif yang berlangsung pada 24 Mei 2025di Balai Bomba dan Penyelamat Nilai ini melibatkan [...]

USIM Perkasa Budaya Komunikasi Organisasi Melalui Kursus Duta Ho-Ren-So

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus komited memperkasakan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga kampus menerusi penganjuran Kursus Duta Ho-Ren-So, anjuran Jabatan Pendaftar melalui Seksyen Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia. Seramai 20 orang staf yang terpilih telah dilantik sebagai Duta Ho-Ren-So USIM bagi membawa aspirasi komunikasi berkesan dalam organisasi. Kursus ini dilaksanakan bertujuan [...]

Mock Trial USIM 13.0 Angkat Nilai Keadilan dan Pendidikan Holistik

NILAI - Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) malam ini menyaksikan pelancaran gilang-gemilang pementasan *Mock Trial USIM edisi ke-13, yang bertemakan “ASMARALOKA”. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) atas [...]

“Little Detective Science Camp” Cungkil Minat Sains Kanak-Kanak dengan Cara Seronok dan Interaktif

NILAI – Seramai 26 mahasiswa program Teknologi Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan program “Little Detective Science Camp” bertempat di Kompleks Islam Tunku Muhriz (KITM), pada 10 Mei baru-baru ini. Program julung kali anjuran Industrial Chemical Student Society (ICSS) sesi 2024/2025 dengan kerjasama FASTLAB USIM itu berjaya [...]

USIM Street Clinic Terengganu: Mahasiswa Dekati Komuniti Desa

KUALA NERUS– Seramai 47 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyantuni masyarakat Kampung Tanjung Sabtu, DUN Buluh Gading menerusi program USIM Street Clinic: Program Bakti Siswa Chapter Terengganu yang berlangsung pada 12 Mei 2025 baru-baru ini. Program anjuran Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar (U3P) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA USIM) serta sokongan Pusat [...]

Kembara Prihatin USIM–UNISSA Eratkan Hubungan Serantau dan Komuniti Orang Asli

PORT DICKSON – Seramai 31 orang terdiri daripada pelajar dan pegawai pengiring menyertai Program Kembara Prihatin Bersama Orang Asli anjuran bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung di Kampung Orang Asli Sunggala, Port Dickson. Program yang berlangsung pada 14 Mei 2025 baru-baru ini disusun dengan [...]

Jalinan Strategik Malaysia-Brunei Perkukuh Kolej Kediaman Sebagai Hab Kepimpinan Serantau

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) terus memacu keterlihatan dan pengaruhnya di peringkat antarabangsa dengan menerima kunjungan hormat daripada Unit Kediaman Pelajar, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam. Lawatan bersejarah yang berlangsung pada 13 Mei 2025 di USIM ini menyaksikan penyertaan aktif daripada pimpinan kolej kediaman kedua-dua [...]

Go to Top