65 anak yatim diraikan mahasiswa USIM melalui program Sejuta Senyuman, Seribu Harapan

NILAI – Suasana di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Semarak (PKAYMS) bertukar ceria apabila barisan mahasiswa Kelab UNESCO, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hadir menyantuni penghuni pusat jagaan tersebut melalui program “Sejuta Senyuman, Seribu Harapan” yang berlangsung pada 18 April 2026 baru-baru ini. Program yang melibatkan seramai 37 ahli jawatankuasa Kelab UNESCO sesi 2025/2026 [...]

Usahasama USIM-AlHijrah Lahirkan Pendakwah Global

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama TV AlHijrah memperkukuh agenda pembangunan bakat dakwah dan media Islam melalui penganjuran Majlis Perasmian Buku Modul dan Kursus Akademi Seni Media Islam (ASMI) di Dewan Tuanku Canselor, USIM, hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal [...]

USIM Perkukuh Kampus Inklusif, Audit Aksesibiliti Perpustakaan Untuk Kemudahan OKU

NILAI – Usaha menjadikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai kampus yang lebih inklusif dan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) terus diperkukuh melalui penganjuran Bengkel Audit Aksesibiliti Kemudahan OKU bagi Bangunan Perpustakaan Induk USIM. Program selama dua hari pada 28 dan 29 April 2026 itu dianjurkan oleh Perpustakaan USIM dengan penyertaan seramai 15 peserta terdiri [...]

USIM terus Perkasa Jaringan Global Menerusi Program ASPIRE

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Sains Dan Teknologi terus memperkasa jaringan global menerusi penganjuran program Academic and Socio-Cultural Partnership for International Relations and Exchange (ASPIRE) in Malaysia yang berlangsung pada 27 hingga 28 April 2026 dengan penglibatan delegasi daripada Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia. Program anjuran Sekretariat Fakulti Sains dan Teknologi (FST), [...]

PALAPES USIM Perkukuh Tradisi Kepimpinan Melalui Majlis Serah Menyerah KSMJ

NILAI – Majlis Serah Menyerah Jawatan Kompeni Sarjan Mejar Jurulatih (KSMJ) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan penuh istiadat dan tertib, mencerminkan kesinambungan amanah, disiplin serta kepimpinan dalam struktur latihan ketenteraan pasukan pada 26 April 2026 baru-baru ini. Majlis serah menyerah ini bukan sekadar proses pentadbiran, sebaliknya menjadi simbol [...]

1,432 Mahasiswa Sertai UKJK 2026, USIM Perkukuh Gaya Hidup Sihat Kampus

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh usaha melahirkan mahasiswa holistik apabila pelaksanaan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) 2026 mencatat lonjakan penyertaan luar biasa, sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran warga kampus terhadap kepentingan kecergasan fizikal sebagai pelengkap kecemerlangan akademik. Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM melalui Eksekutif Sukan dan Rekreasi (ESR) itu berlangsung [...]

USIM Menerajui Dakwah Inklusif Melalui Kursus Dakwah Tanpa Suara 2026

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa pendidikan Islam inklusif dan pembangunan komuniti melalui penganjuran Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) 2026, sebuah program latihan berstruktur yang memberi pendedahan kepada mahasiswa, kakitangan universiti dan komuniti awam mengenai pendekatan dakwah kepada komuniti OKU Pendengaran. Program ini dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi [...]

PALAPES USIM Raikan Sedekad Kecemerlangan, Lambang Disiplin, Tradisi dan Kepimpinan Unggul

NILAI – Suasana penuh istiadat dan semangat ketenteraan mewarnai Dataran Canselori pada 25 April 2026 baru-baru ini apabila Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke-10 berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, menandakan satu dekad kecemerlangan, disiplin dan kesinambungan legasi pasukan. Perbarisan tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor USIM merangkap [...]

Go to Top