USIM Ketuai Jalinan Hubungan Kerjasama Tiga Negara
Nilai– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi kepercayaan untuk mengetuai penubuhan konsortium kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Islam antara tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia. Kepercayaan itu diberikan kepada USIM hasil perbincangan meja bulat di antara 30 wakil ketua jabatan Pengajian Islam seluruh IPTA/S di Malaysia, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Brunei dan Institut [...]









