Rezeki Pengantin Baru: Tamat DIJAP Bersama di USIM

NILAI — Pasangan muda Nur Nuwairah Mohammad Lutfi, 26, dan Muhammad Faruq Mohd Farith, 28, tidak menyangka rezeki mereka begitu manis apabila berpeluang menamatkan pengajian Diploma Lepasan Ijazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hanya dua bulan selepas mendirikan rumah tangga. Sebelum menyambung pengajian DIJAP, kedua-duanya merupakan alumni Universiti [...]

By |2025-11-26T11:08:11+08:00November 25th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Air Mata di Sebalik Senyuman: Sharifah Tamat Konvo USIM Saat Suami Koma

NILAI - Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini menyaksikan sebuah detik penuh emosi apabila seorang graduan Diploma Lepasan Ijazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP), Sharifah Shafika Amira Syed Shikh Mawardi, 29, melangkah ke pentas menerima skrol dalam keadaan diuji dengan dugaan keluarga yang amat berat. Sharifah, yang berasal dari Kulim, Kedah, [...]

By |2025-11-26T09:59:20+08:00November 25th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Sinergi Ilmu & Pertahanan: USIM Perkukuh Hubungan dengan MK PLDTD

PORT DICKSON – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkap Komandan PALAPES USIM, Kol (K) Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Mej. Jen. Datuk Marzuki Hj. Mokhtar, Panglima Latihan Tentera Darat, di Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MK PLDTD), Port Dickson pada 17 November 2025 [...]

By |2025-11-19T15:36:25+08:00November 19th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

iLEC 2025 Angkat Tema Pembangunan Generasi Madani di Era Kecerdasan Buatan

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) sekali lagi menganjurkan International Language and Education Conference (iLEC 2025), sebuah persidangan dwitahunan yang menghimpunkan lebih 100 penyertaan dari kalangan sarjana bahasa dan pendidikan dari seluruh dunia termasuk China dan Bangladesh. Persidangan selama dua hari ini berlangsung bermula pada 17 hingga 18 [...]

By |2025-11-19T14:19:37+08:00November 19th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

MJSL USIM Raih Pengiktirafan Berprestij Dalam Anugerah CREME Jurnal 2025

NILAI – Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) di bawah pengurusan Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengukuhkan reputasinya di persada penerbitan ilmiah apabila menerima pengiktirafan berprestij dalam Anugerah CREME Jurnal 2025, iaitu salah satu kategori penghargaan di bawah Malaysia Scopus Research Star Award 2025. Majlis penyampaian anugerah tersebut telah berlangsung pada 6 [...]

By |2025-11-19T12:23:46+08:00November 18th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Pengambilan Ke-46 PALAPES USIM Raih Penyertaan Tertinggi

NILAI – Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) mencatat sejarah baharu apabila seramai 58 calon Pegawai Kadet berjaya lulus Temuduga Akhir Pengambilan Ke-46 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), USIM. Jumlah ini melebihi kuota asal iaitu 50 orang bagi setiap pengambilan, menjadikan ia penyertaan terbesar setakat ini. [...]

By |2025-11-13T15:02:08+08:00November 13th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM buktikan Kepimpinan Ilmu Islam Global menerusi SWAT 2025

PUTRAJAYA –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi menerajui usaha memperkukuh kefahaman terhadap peranan wahyu dalam pembinaan tamadun melalui Seminar Wahyu Asas Tamadun (SWAT) Peringkat Antarabangsa Kali Ke-10, yang berlangsung bermula hari ini hingga esok 13 November 2025 di Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya. Diterajui oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, seminar dwitahunan ini menjadi platform [...]

By |2025-11-12T17:36:17+08:00November 12th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Inovasi Pensyarah FPQS ‘Bawa’ Kisah Haiwan di Dalam Al-Quran dan Hadis untuk Anak-Anak OKU

NILAI- Melihat kepada keperluan semasa untuk memberi pendidikan Islam secara inklusif untuk anak-anak bekeperluan khas atau neurodivergen di samping pengalaman peribadi dengan anak Istimewa menjadi inspirasi kepada dua orang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi menghasikan Modul Siri Sahabat Si Cilik: Haiwan Dalam al-Quran dan Hadis. Modul ini merupakan satu inovasi pendidikan Islam yang [...]

By |2025-11-12T15:38:23+08:00November 12th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

MAJU Santuni Lebih 4,000 Mahasiswa: USIM Jadi Tuan Rumah Majlis Penyerahan Bantuan Anak Johor 2025

NILAI – Keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan pendidikan anak negeri terserlah apabila seramai 1,036 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diraikan dalam Majlis Penyerahan Bantuan Mahasiswa Anak Johor (MAJU) 2025, yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Majlis anjuran bersama Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Mahasiswa Anak Johor [...]

By |2025-11-19T12:19:26+08:00November 12th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Kunjungan Pelajar Komunikasi Media Baharu USIM ke Parlimen Disambut Timbalan Menteri Agama

KUALA LUMPUR  – Seramai 60 pelajar Program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan lawatan akademik ke Parlimen Malaysia pada 11 November 2025, yang menerima sambutan mesra daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Dr. Zulkifli Hasan. Dalam kunjungan tersebut, para [...]

By |2025-11-13T09:46:36+08:00November 12th, 2025|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|
Go to Top