Ketua Pustakawan USIM Johan Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Kebangsaan
NILAI – Minat membaca yang dipupuk dari rumah membawa Datin Nor Azzah Momin, Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan apabila Home Library Nilai Impian dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Kebangsaan bagi kategori Rumah Bertanah, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM7,000. Kejayaan tersebut diraih selepas beliau [...]









