USIM PERKUKUHKAN KERJASAMA KOMUNITI BERSAMA SMK TAMAN TUANKU JAAFAR PERANGI GEJALA NAJIS DADAH

NILAI, 6 MEI 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus komited dalam memperkukuhkan kerjasama komuniti apabila turut bersama-sama menyokong usaha membasmi masalah gejala penagihan najis dadah di peringkat sekolah menerusi penglibatan Pusat Pengurusan dan Penyelidikan Dadah Asian (ACREDA), USIM dalam Minggu Pendidikan & Pencegahan Dadah-Sarana Komuniti di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar, Seremban [...]

By |2016-09-30T09:48:17+08:00May 25th, 2015|Campus News, News|

GUGUSAN D JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN STAF

NILAI, 22 MEI 2015- Kejohanan Sukan Staf Antara Jabatan USIM merupakan acara tahunan yang di nanti-nanti oleh kakitangan USIM bagi bersaing dan bertanding untuk meraih pingat dalam acara sukan yang diwakili. Pada tahun ini juara keseluruhan Kejohanan Sukan Staf telah dimiliki oleh Gugusan D (Ali bin Abi Talib). Jabatan dibahagikan kepada empat gugusan iaitu gugusan [...]

By |2016-10-20T08:53:48+08:00May 25th, 2015|Campus News, News|

WACANA PENCERAHAN BERI PELUANG PENGAMAL MEDIA BERSEMUKA DENGAN ULAMA’

NILAI, 11 MEI 2015 – Fokus utama untuk memberi keterangan dan kefahaman kepada pengamal media mengenai garis panduan hiburan dalam Islam, wacana pencerahan garis panduan hiburan dalam Islam ini dilihat memberi peluang kepada para pengamal media untuk membuka soalan kepada panel-panel yang lebih arif mengenai perkara-perkara yang menjadi persoalan sejak Garis Panduan Hiburan Dalam Islam [...]

By |2016-11-03T16:25:26+08:00May 20th, 2015|Campus News, News|

PROFESOR PERGIGIAN USIM KONGSI KEPAKARAN

NILAI, 20 MEI 2015 - Kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang Kesihatan Pergigian Masyarakat menjadikan Prof. Dato’ Dr. Wan Mohamad Nasir Wan Othman seorang yang disegani dikalangan kakitangan jururawat pergigian khususnya dan masyarakat amnya. Beliau telah berkhidmat di Fakulti Pergigian USIM sejak tahun 2006 lagi, kini beliau merupakan professor di Fakulti Pergigian USIM dan Pakar [...]

By |2016-09-30T09:49:16+08:00May 20th, 2015|Campus News, News|

DR HAZMI PENSYARAH PELAWAT DI TIMOR LESTE

NILAI, 19 MEI 2015 - Dr. Mohd Hazmi Mhd Rusli, pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah dipilih sebagai Pensyarah Pelawat Asing pertama di Department of International Studies, Universidade Nacional Timor Lorosa’e (UNTL), Dili Timor Leste. Beliau yang berada di sana bermula 1 hingga 6 Mei lalu dijemput untuk [...]

By |2016-11-03T16:26:22+08:00May 20th, 2015|Campus News, News|

USIM KUTIP RM 86,000 ROYALTI JUALAN BUKU ILMIAH

NILAI,  14 Mei - Penerbitan buku ilmiah oleh para penulis Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Penerbit USIM untuk terbitan tahun 2013 dan 2014 berjaya mengutip hasil royalti jualan sebanyak RM 89,683.52. Kutipan royalti tertinggi yang dikutip ini merupakan satu pengiktirafan kepada kualiti buku-buku terbitan USIM yang mencakupi pelbagai bidang ilmu  yang menarik perhatian pembaca. [...]

By |2016-11-03T16:26:48+08:00May 15th, 2015|Campus News, News|

SEMINAR KEBANGSAAN FIQH PERGIGIAN BINCANG ISU DAN KEPAKARAN

NILAI, 9 MEI 2015 - Fakulti Pergigian Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) julung kali menganjurkan Seminar Fiqh Pergigian Peringkat Kebangsaan pada 8 Mei 2015 bertempat di Dewan Besar USIM. Selaras dengan visi dan misi USIM untuk mengimbangkan ilmu naqli dan aqli dalam pengamalan pergigian, pihak fakulti pergigian mengambil peluang menganjurkan seminar ini. Bidang fiqh merupakan [...]

By |2016-09-30T09:41:07+08:00May 12th, 2015|Campus News, News|

PUSAT KEBUDAYAAN USIM ANJUR WACANA GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

NILAI, 11 MEI 2015 – Pelbagai persepsi orang awam terhadap hiburan masa kini antaranya penganjuran konsert liar seperti Festival Muzika yang mengorbankan nyawa penonton remaja dan hiburan K-Pop yang mencetuskan kontroversi  kepada masyarakat khususnya di Malaysia yang berbilang kaum. Selaras dengan perkembangan itu, Pusat Kebudayaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menganjurkan Wacana Pencerahan [...]

By |2016-09-30T09:41:16+08:00May 12th, 2015|Campus News, News|

KELESTARIAN KAMPUS _ TESCO JAYAKAN KEMPEN USIMBIOSIS

NILAI, 8 MEI 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melancarkan program USIM’s Environmental Awareness and Sustainability Campaign (USIMBIOSIS) 2015 bertemakan Living Together pada semalam di kampusnya. Kempen ini mendapat sokongan TESCO Malaysia yang menyumbangkan sebanyak 50 buah pokok untuk ditanam di sekitar kampus dengan 20 buah pokok awal telah ditanam secara rasmi pada majlis [...]

By |2016-09-30T09:47:49+08:00May 7th, 2015|Campus News, News|

PROGRAM I-MAC SERLAH BAKAT MOTIVATOR MAHASISWA USIM

NILAI, 25 APRIL 2015 –Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyediakan platform bagi pelajar yang berbakat dalam menyampaikan motivasi dan syarahan melalui penganjuran  program IPTA Young Motivator Competition (I-MAC) peringkat USIM yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) baru-baru ini. Bertemakan ”Talk Towards 1st Class”, merupakan anjuran di bawah Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) dengan [...]

By |2016-10-20T08:53:49+08:00May 5th, 2015|Campus News, News|
Go to Top