USIM rai 32 graduan sulung teknologi industri kesihatan
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraikan seramai 32 graduan sulung Program Teknologi Industri Kesihatan (HIT), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), pada Sidang Kelima Majlis Konvokesyen ke-23. Lebih membanggakan, 31 daripada mereka berjaya meraih ijazah kelas pertama, sekali gus mengukuhkan reputasi program baharu ini sebagai antara yang paling berdaya saing di USIM. Program HIT [...]









