Dari Trek Ke Pentas Konvokesyen: Shahril Aiman Angkat Nama USIM Dalam Arena Olahraga
NILAI - Kisah Muhammad Shahril Aiman Mohd Noor, 23, graduan Sarjana Muda Matematik Kewangan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST), memberi warna istimewa pada Majlis Konvokesyen USIM ke-23 apabila beliau bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi turut mengharumkan nama universiti di pentas sukan berprestij peringkat kebangsaan. Mewarisi minat dan disiplin daripada bapanya, Mohd Noor bin [...]









