GRA
Perkhidmatan Perlantikan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dilantik bagi tujuan membantu penyelidik menjalankan penyelidikan dalam tempoh masa yang ditetapkan yang mana pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) yang dilantik adalah berstatus pelajar siswazah yang berdaftar dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) dikehendaki membantu dalam kerja-kerja penyelidikan yang berkaitan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Penyelidik. Semasa menjalankan tugas, Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) adalah sentiasa tertakluk kepada peraturan Universiti dan dipertanggungjawab kepada Ketua Penyelidik yang berkenaan.
POST-DOC
Skim Pasca Kedoktoran (post-doctoral) yang dibuka kepada calon luar Universiti Sains Islam Malaysia merupakan salah satu bentuk kemudahan yang memberi manfaat kepada USIM khususnya dalam memacu kecemerlangan penyelidikan berdasarkan lapang bitara tertentu. Tujuan utama Skim Pasca Kedoktoran meningkatkan kecemerlangan USIM dalam meningkatkan aktiviti serta output dan outcome daripada penyelidik serta memberi peluang kepada calon yang telah mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) untuk menjalankan penyelidikan yang diperlukan oleh USIM khususnya dalam bidang teras Universiti.