PERPUSTAKAAN USIM HARGAI PENYUMBANG KOLEKSI PERSEORANGAN

NILAI, 26 OKT 2015 – Sebagai menghargai dan menzahirkan tanda terima kasih kepada penyumbang koleksi perseorangan kepada perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), satu Majlis Apresiasi Penyumbang Koleksi Perseorangan telah diadakan pada 26 Oktober. Koleksi Perseorangan adalah merujuk kepada koleksi yang dimiliki oleh penyumbang, sama ada daripada hasil karya penyumbang atau daripada koleksi simpanan peribadi [...]

By |2016-10-20T08:53:33+08:00Oktober 28th, 2015|Berita, Berita Kampus|

PENERBIT USIM LANCAR BUKU DI FRANKFURT

FRANKFURT, 18 OKT 2015 – Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kali melancarkan buku hasil kerjasama bersama Goethe University of Frankfurt di Pesta Buku Antarabangsa Frankfurt 2015 yang berlangsung pada 14 hingga 18 Oktober iaitu salah satu pesta buku terbesar di dunia. Buku yang bertajuk "Transformation of the Higher Education System in Malaysia" [...]

By |2016-09-01T14:20:22+08:00Oktober 23rd, 2015|Berita, Berita Kampus|

ICMH 2015 BINCANG ISU KESIHATAN WANITA DAN LELAKI

NILAI, 17 OKT 2015 – Bertemakan Women’s &  Men’s Health: “Towards a Better Future”, Fakulti Perubatan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia buat kali kedua menganjurkan Persidangan Antarabangsa Perubatan dan Kesihatan (ICMH) di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Oktober 2015. Seminar ini diperkenalkan sejak tahun 2006 lagi sebagai salah satu inisiatif [...]

By |2016-11-10T12:35:23+08:00Oktober 20th, 2015|Berita, Berita Penyelidikan|

INSART 2015 PERHALUSI HUBUNGAN SENI DALAM PEMBANGUNAN MANUSIA

NILAI, 8 OKT 2015 – Pusat Kebudayaaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) julung kalinya telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Seni dalam Pembangunan Manusia di Era Moden (INSART) yang berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober 2015 di Dewan Kuliah Pusat 3. Seminar yang disertai oleh seramai 200 peserta dari pelbagai bidang antaranya dari UM,UKM,UITM, Sekolah Angkat dan [...]

By |2016-11-10T14:15:01+08:00Oktober 19th, 2015|Berita, Berita Penyelidikan|

USIM DAN JAKIM METERAI PERJANJIAN MOA DALAM PENAWARAN IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH

NILAI, 15 OKT 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan jalinan kerjasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan memeterai memorandum perjanjian (MoA) dalam penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian. Ia merupakan kesinambungan kepada MoA yg telah pun ditandatangani sebelum ini bagi penawaran program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran [...]

By |2016-11-10T14:27:47+08:00Oktober 19th, 2015|Berita, Berita Penyelidikan|

DUTA JAUHAR USIM TABUR BAKTI TINGKAT TAHAP PENDIDIKAN ANAK ORANG ASLI

LABIS, 4 OKT 2015 – Bertemakan “Parallax Your Eyes”, kumpulan Duta Jauhar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)yang terdiri dari 15 ahli dari pelbagai fakulti giat menjalankan khidmat komuniti bersama masyarakat Orang Asli Segamat Kecil, Labis melalui penganjuran program Development Education of Orang Asli (DE’ASLI) dan Kembara Bahasa. Program yang berlangsung selama 3 hari bermula 2 [...]

By |2016-09-01T14:23:03+08:00Oktober 13th, 2015|Berita, Berita Kampus|

USIM METERAI MOA DALAM ASPEK HALAL BERSAMA HANI D UNGGUL SDN BHD

NILAI, 21 OGOS 2015 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memantapkan jalinan kerjasama bersama pihak industri dengan  memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Hani D Unggul Sdn Bhd yang berlangsung di Galeri pada 21 Ogos 2015. Melalui perjanjian ini, seramai 21 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda yang terdiri dari pelbagai bidang mengikuti program Modul [...]

By |2016-11-10T14:29:41+08:00Oktober 12th, 2015|Berita, Berita Penyelidikan|

LATIHAN AUDIT SYARIAH PENUHI ASPEK PENTING KENDALI PERBANKAN ISLAM

NILAI, 3 SEPT 2015 – Seramai 16 orang peserta Latihan Audit Shariah yang terdiri dari kakitangan Bank Muamalat dari jabatan audit menerima penghargaan di Majlis Penyampaian Sijil Latihan Audit Shariah yang diadakan di Nilai Springs Resort Hotel semalam. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada pensyarah USIM dan dikendalikan oleh Pusat Kecemerlangan USIM, Institut Pengurusan Harta dan [...]

By |2016-11-10T14:32:08+08:00Oktober 8th, 2015|Berita, Berita Penyelidikan|

SWAT 2015 MEMARTABATKAN AL-QURAN SEBAGAI ASAS KESEJAHTERAAN

NILAI, 6 OKT 2015 - Buat kali keempat, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM menganjurkan Seminar Wahyu Asas Tamadun bermula 6 dan 7 Oktober 2015 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM. Seminar ini merupakan kesinambungan pertemuan yang lalu bagi tujuan membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan Quran dalam [...]

By |2016-11-10T14:34:03+08:00Oktober 8th, 2015|Berita, Berita Penyelidikan|

FIT@USIM BERSAMA YB KHAIRY JAMALUDDIN

NILAI, 4 Oktober 2015 - Komitmen untuk mempromosikan Program Fit Malaysia dan Hari Sukan Negara yang bakal berlangsung 10 Oktober nanti, YB Khairy Jamaluddin bersama Kumpulan Fit Malaysia hadir ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai hampir 1,000 orang pelajar berkumpul di Pusat Sukan Tunku Najihah USIM untuk turut serta menjayakan program ini. Walaupun aktiviti [...]

By |2016-09-08T11:38:53+08:00Oktober 7th, 2015|Berita, Berita Kampus|
Go to Top