USIM jalin MoA dengan UTM dan MoU bersama lapan rakan industri
NILAI, 3 November 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengukuhkan hubungan kerjasama membangunkan Projek Rumah Mizan. Pada majlis yang sama, USIM turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan lapan industri yang turut menyumbang bagi menjayakan projek rumah pintar mesra tenaga tersebut. “Projek yang menelan belanja [...]