USIM dan Tabung Haji bekerjasama lahir pembimbing ibadat haji terbaik

NILAI, 23 Mac 2018 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan dan Lembaga Tabung Haji (LTH) bekerjasama sekali lagi dalam penganjuran program Sijil Pembimbing Ibadat Haji (SPIH) yang diadakan pada 18 hingga 23 Mac baru-baru ini. Kursus yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej PERMATA Insan USIM melibatkan peserta serama 128 [...]

Pendedahan mengenai isu halal dan thoyyibah diperingkat Sekolah Menengah

NILAI, 15 Mac 2018 - Jawatankuasa Kerohanian Kolej PERMATA Insan dengan kerjasama Ahli Halal Action for Young Scientist Project telah menganjurkan Kursus Sembelihan & Forum Isu Halal pada 15 Mac 2018. Program julung kali anjuran Ahli Makmal Halal telah mendapat sambutan yang menggalakkan oleh warga Kolej PERMATA Insan secara keseluruhannya. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang [...]

KPI anjur ASEAN Islamic Science Camp 2018

NILAI, 27 Februari 2018 - Kolej PERMATA Insan, (KPI)  USIM telah menerima 66 orang pelajar dari Islamic Studies Demonstration School (ISDS) Prince of Songkhla University, Thailand untuk program ASEAN Islamic Science Camp 2018 bermula 19 Februari 2018 sehingga 27 Februari 2018. Kunjungan kali kedua ini merupakan program tahunan ISDS dan KPI dalam menjalinkan hubungan dua [...]

Kursus Dakwah Tanpa Suara cakna golongan OKU

NILAI, 28 Mac 2018 – Bagi meraikan golongan OKU Pekak mempelajari ilmu agama, Kursus Dakwah Tanpa Suara (KDTS) diperkenal bagi membantu mereka mempelajari bacaan ayat Al quran khususnya. Majlis perasmian Kursus Dakwah Tanpa Suara ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pembangunan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Dr Rabiatul Adawiyah Mohd. Menurut Dr Rabiatul [...]

BIM ibadah bantu OKU pendengaran tunai kewajipan

 NILAI, 3 Mac 2018 - Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran kini boleh menunaikan ibadah dengan selesa dan  menyeronokkan. Jika sebelum ini mereka kelihatan sukar menunaikan ibadah kerana dalam standard bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) hanya terdapat 30 istilah yang merujuk kepada agama. Majlis pra pelancaran telah diadakan di [...]

Kredibiliti Alumni USIM sebagai usahawan ‘Medshoe’

Siapa sangka bekas pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dulunya mendalami bidang syariah dan perundangan kemudiannya beralih arah ke bidang perniagaan kasut kesihatan. Menurut Nur Diana Dazulkiply yang merupakan anak sulung dari empat adik-beradik dan berasal dari Muar, Johor ini, selepas menamatkan pengajian di USIM, beliau meneruskan cita-cita sebagai peguam selama setahun. Ikuti [...]

By |2018-03-29T12:08:25+08:00Mac 29th, 2018|Faces of USIM|

FST terus cemerlang sejak 15 tahun penubuhannya di USIM

NILAI, 26 Mac 2018 – Memasuki usia 15 tahun penubuhan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), ia terus cemerlang mencipta pelbagai kejayaan membanggakan universiti di pentas nasional dan antarabangsa. Ditubuhkan pada 2003, ia menawarkan enam program akademik berteraskan sains yang diadunkan bersama ilmu-ilmu Islam bagi menonjolkan elemen Sains Islam. Sempena [...]

KPI rangkul Naib Johan Tunas Cipta ‘18

NILAI, 11 Mac 2018 - Penyertaan kali kedua pelajar Kolej PERMATA Insan yang terdiri daripada pelajar berumur 15 tahun (Asas 3) mengukir kenangan indah apabila muncul Naib Johan dalam pertandingan Tunas Cipta 2018 (Tunas Cipta ’18) yang berlangsung pada 10 dan 11 Mac bertempat di Dewan Tuanku Canselor, Unviersiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tunas Cipta [...]

Aplikasi ARSOM mudahkan golongan pekak dan bisu belajar Huruf Hijaiyah

NILAI – Peka terhadap kesukaran yang dihadapi oleh komuniti pekak dan bisu untuk belajar membaca Al-Quran mendorong penyelidik muda, Mohd Aqil Irwan, Pelajar Tahun 4 dari Fakulti Sains dan Teknologi untuk menghasilkan satu aplikasi e-pembelajaran yang dinamakan ARSOM. ARSOM merupakan aplikasi Android yang direka untuk orang-orang pekak dan bisu belajar mengenal Huruf Hijaiyah dalam bahasa [...]

Quran Digital menggunakan Kod Heksadesimal

NILAI-Dengan pesatnya teknologi internet dan juga alatan mudah alih seperti telefon pintar dan tablet, Al-Quran juga turut menerima tempias dari keupayaan teknologi sedia ada. Al-Quran versi digital mutakhir ini juga boleh dimuat turun dan dipaparkan di skrin komputer mahupun telefon pintar. Terdapat dua teknik yang digunakan untuk memaparkan ayat Al-Quran iaitu sama ada imej ayat [...]

Go to Top