Malaysia Terbina Atas Penghayatan Sejarah dan Perih Orang Silam yang Mengimpikan Kemajuan dan Kebebasan Bangsa
Ketika kita menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-68, kita tidak sekadar meraikan sebuah tarikh keramat, tetapi menghayati sebuah perjalanan panjang yang dibina di atas pengorbanan, air mata, dan perjuangan orang silam yang mengimpikan sebuah bangsa yang merdeka, bermaruah dan maju. Kemerdekaan yang dikecapi pada 31 Ogos 1957 bukanlah hadiah yang datang [...]