PORT DICKSON, 30 OKT 2016 – Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyedari bahawa program dan latihan pembangunan kakitangan perlu dilaksanakan secara berterusan untuk membantu dalam membina kompetensi dan juga kemahiran di kalangan kakitangan.

Seramai 24 kakitangan StraComm menyertai Bengkel Neuro Linguistic Programmning (NLP) yang diadakan pada 28 hingga 30 Oktober 2016 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Menurut Timbalan Pengarah StraComm Encik Asri Husain, bengkel yang berlangsung selama 3 hari dua malam ini dirancang bagi memberi input-input baharu kepada staf mengenai potensi diri melalui kaedah NLP. Selain itu ia juga bagi mendedahkan mengenai pengurusan psikologi dan pembangunan kendiri yang dapat membantu staf berfikiran positif serta meningkatkan semangat untuk menaikkan potensi kerja dan amalan terbaik hasil dari mengahdiri kursus ini.

“Dalam bengkel ini, para peserta didedahkan dengan teknik mengenal potensi dan karakter diri bagi lebih mengenali antara satu sama lain”.

“Pelbagai pengisian yang telah diatur oleh enam orang fasilitator yang terlatih antaranya sesi ‘Feel the Wave’, ‘Explore the Power Within’, ‘Be Specific’, dan ‘Timeline’”, tambah Encik Asri.

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204