NILAI, 1 Ogos 2018 – Program #DarihatiUSIM bertemakan “Menyantuni Masyarakat” anjuran Pusat Libatsama Masyarakat dan Hubungan Industri (Plmji), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diadakan selari dengan hasrat universiti bagi melahirkan masyarakat yang prihatin.

Penganjur berkata ini adalah salah satu inisiatif USIM dalam menyantuni masyarakat dan merapatkan hubungan USIM dengan pihak komuniti sekitar USIM khususnya.

Program #DarihatiUSIM ini telah bermula pada Jun lalu dengan kempen #DariHati yang berkonsepkan pengumpulan pakaian dan barangan terpakai oleh kakitangan USIM. Diadakan bersempena bulan Ramadan, ia merupakan satu inisiatif penganjur membantu golongan yang memerlukan selain akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan juga komuniti sekitar USIM yang kurang berkemampuan.

Seramai 30 orang penduduk sekitar hadir hari ini sebagai tanda sokongan dan berpeluang memilih pakaian terpakai antaranya berbentuk baju, seluar, pakaian kanak-kanak dan bayi serta kelengkapan lain di tapak pengumpulan barang bertempat di perkarangan Dewan Tuanku Canselor.

Di akhir program, turut diadakan Sesi Dialog Naib Canselor bersama Ketua Komuniti bagi mendapatkan maklumbalas dari Pengerusi-Pengerusi Taman Penduduk yang di wakili seramai 5 orang sebagai satu usaha USIM menyantuni dan peka dengan isu-isu kemasyarakatan komuniti setempat.

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan