NILAI, 9 Oktober 2019- Dengan tema “Al-Quran Rahmatan Lil ‘Alamin: Vision and Challenges”,  persidangan The 6th International Conference on Quran As A Foundation Of Civilisation (SWAT 2019) berlangsung selama dua hari bermula 8 hingga 9 Oktober 2019 di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Seramai lebih kurang 120 pembentang dari 7 Negara iaitu Saudi, Iran, Iraq, Morocco, Nigeria, Qatar termasuk Malaysia. Persidangan ini bertujuan sebagai  platform untuk menyediakan kumpulan sarjana, pemikir dan penyelidik saling bertukar idea dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Quran, yang berfungsi sebagai sumber sains moden dan kontemporari.

“Saya percaya pada hari ini dalam persidangan ini, banyak topik dan tema yang berkaitan dengan Quran telah dibincangkan dan dianalisis”.

“Tidak syak lagi bahawa kepentingan Al-Quran dalam kehidupan seharian tidak berubah walaupun perubahan masa yang cepat. Dunia moden sepatutnya selari dengan tanggapan Al-Quran, malah Sains dan Teknologi tidak boleh dipisahkan daripada pengetahuan yang dinyatakan. Apabila seseorang membaca Al-Quran, Allah sekali lagi mengundang manusia untuk merenungkan penciptaan, alam sekitar, ekologi, reka bentuk, dan alam semesta untuk menghuraikan makna kehidupan di tengah-tengah semua manifestasi ini”, ucap Prof. Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM semasa merasmikan persidangan ini.

Diurusetia oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Pusat Wakaf dan Zakat USIM dengan kerjasama Siraj Centre for Research and Studies dari London.

Persidangan ini dianjurkan setiap tahun dengan tema sebelum ini mengenai Sunnah dan Warisan Nabi. Kelainan pada tahun ini, bertemakan al-quran bertujuan untuk membincangkan penyelidikan terkini berkaitan dengan Quran, menegakkan Al-Quran sebagai dasar kesejahteraan umat Islam serta meningkatkan pemahaman mengenai al-Quran dalam kehidupan manusia terutama dalam dunia moden hari ini.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan