NILAI, 26 November 2019- Pasangan muda suami isteri yang memiliki seorang cahaya mata berusia sebulan 6 hari berjaya mengenggam ijazah bersama-sama pada sidang pertama Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini.
Pada majlis konvokesyen itu,Adrina Maira Shahrir Ariff dan suaminya Luqman Abdullah, masing-masing telah menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian.
Maira yang merupakan anak ketiga dalam keluarganya berkata, pelbagai cabaran yang perlu diharungi sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun terutamanya tanggungjawab terhadap keluarga.
“Saya bukan lahir dari keluarga yang senang tetapi ibubapa saya tetap bersungguh mahu saya sambung belajar dan saya tidak mahu mensia-siakan harapan mereka”, kata Maira.
“Suami saya banyak juga memberi semangat dan tolong saya sepanjang pengajian kami”,katanya lagi.
Seorang pelajar perlu positifkan pemikiran ,banyakkan bersabar dan menguatkan semangat demi mencapai apa yang diingini.
Berkahwin pada usia muda bukanlah penghalang bagi Maira dan suaminya untuk menamatkan pengajian mereka di USIM.
Mereka yang berkenalan semasa melanjutkan pengajian di USIM dalam jurusan yang sama sepakat mendirikan rumahtangga pada 22 September 2018.
Sekarang Maira merupakan surirumah manakala suaminya pula bekerja sendiri.
Disediakan oleh:
Siti Nur zakirah Nazifa Zaini
StraCommclique
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan