PANDAN INDAH, 15 Nov 2019 – Seramai 100 orang pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sumbangan wakaf lab coat dan tafsir al-Quran dalam usaha membantu proses pembelajaran pelajar pada 14 November lalu bertempat di Kampus Pandan Indah.

”USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) mengambil inisiatif menerajui projek Wakaf Pendidikan sebagai satu bentuk sumbangan dan pembangunan kecemerlangan pendidikan. Melalui program ini, saya percaya ia mampu memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pewakaf individu atau institusi sama ada dari kalangan warga USIM juga pihak luar untuk turut sama menyumbang keperluan lain pada masa akan datang,” ujar Dato’ Haji Mohd Abd Rasid Mohd Fadzil, Bendahari USIM

PWZ secara komited merancang kelancaran perjalanan penyerahan wakaf lab coat dan tafsir al-Quran agar berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Program ini diteraju oleh USIM melalui PWZ dengan kerjasama FPSK sebagai mengambil cakna keperluan dan kemudahan pembelajaran pelajar USIM justeru, simbolik penyerahan sumbangan telah diadakan dengan penyerahan lab coat dan tafsir al-quran kepada 5 orang wakil pelajar.

Masyarakat boleh memberikan sumbangan wakaf dan zakat kepada USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat dengan menghubungi talian umum Pejabat Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM di 06-798 6292/8054 atau layari laman Facebook : Pusat Wakaf dan Zakat USIM atau website : http://pwz.usim.edu.my

Disediakan oleh:
Muhd Arif Ihtifazuddin Asmin
Penolong Bendahari
Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan