NILAI, 29 Ogos 2014 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah melancarkan Majlis Kempen Kesedaran Keselamatan Lalulintas (CBP) Dan Pertukaran Topi Keledar Daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd Kepada Pelajar USIM 2014. Pelancaran program ini disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

USIM merupakan salah satu daripada tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terpilih untuk menyertai program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar dan staf dalam mempertingkatkan aspek keselamatan di jalan raya.

Menurut YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah, sebanyak 200 buah topi keledar dan Baju Pantul Cahaya telah diberikan percuma kepada pelajar USIM yang terpilih. Keutamaan adalah kepada pelajar yang mempunyai topi keledar yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh SIRIM. “Kita akan gantikan topi keledar tersebut dengan topi keledar yang menetapi piawaian SIRIM, tambah beliau yang berharap agar dengan adanya program seumpama ini dapat mendidik pelajar USIM mengenai kepentingan pengunaan topi keledar yang selamat”.

Manakala Ybhg. Profesor Dato Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, Kempen Kesedaran Keselamatan Lalulintas (CBP) Dan Pertukaran Topi Keledar Daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd Kepada Pelajar USIM 2014merupakan program yang berteraskan aspirasi kerajaan untuk memberikan maklumat berkenaan kempen keselamatan jalan raya dari segi penggunaan topi keledar yang tepat, disamping menukar topi keledar yang didapati tidak menepati piawaian oleh SIRIM”.

Dato’ Mohamed Asin Dollah turut menyeru kepada semua mahasiswa dan kakitangan USIM agar mengamalkan pemanduan berhemah, merancang perjalanan dengan sempurna bagi mengelakkan diri daripada memandu dalam keadaan tergesa-gesa dan sentiasa memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Pihak JKJR dan SIRIM yang dibantu oleh pegawai-pegawai USIM telah mengedarkan topi kaledar dan pelekat kenderaan di perkarangan tempat letak kereta Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM pada jam 3.00 petang hari yang sama.

Pada majlis tersebut semua topi keledar yang tidak mengikut piawaian turut dimusnahkan serta merta dengan menggunakan jentera berat.Hadir sama pada majlis tersebut ialah Y.Brs Puan Khalidah Mustafa, Pengarah Urusan SIRM Qas International Sdn.Bhd.

Disediakan oleh :

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204