NILAI, 19 Jun 2017 – Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SEKREFEM) Universiti Sains Islam Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra Nilai menganjurkan Program Jejak Asnaf 1.0 dan Cegah Jenayah sempena menyambut Ramadan bermula pada 12 hingga 20 Mei lalu.
Antara acara yang diatur sepanjang 3 hari program antaranya forum bual bicara yang disampaikan oleh Dato Ustazah Nurbahyah dengan suaminya yang berjudul : ‘Adakah Aku Bersedia Dengan Ramadhan Kali Ini?’ dengan persembahan khas daripada Mawi.
Sebanyak 40 buah rumah asnaf dijejaki yang terdiri daripada keluarga miskin, kematian ibu bapa di mana mereka di berikan sumbangan berbentuk keperluan harian, mendapat perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, gotong royong membersihkan kawasan rumah serta edaran flyers sebagai bahan promosi cegah jenayah oleh pelajar KOR SUKSIS USIM.
Menurut pengarah program iaitu saudara Ikhwan Firdaus bin Roslan, program ini bertujuan untuk menitik beratkan kepentingan menjaga kebajikan dan tanggungjawab kepada golongan yang memerlukan disamping memimpin pelajar supaya lebih peka dan perihatin terhadap sesuatu isu yang berlaku disekeliling.
Selain itu, program ini juga dapat memberikan sedikit motivasi kepada pelajar tentang bagaimana keadaan kehidupan asnaf di luar sana. Dalam masa yang sama, para pelajar dapat menyelami rintitan yang berlaku terhadap golongan asnaf untuk menjalani kehidupan mereka khususnya pada bulan Ramadan.
“Program seperti ini juga dapat memberikan impak yang besar kepada kami semua golongan untuk sentiasa bermuhasabah diri dan mensyukuri nikmat kehidupan yang Allah berikan”.
Program ini turut mendapat kerjasama dari beberapa badan kerajaan dan NGO seperti Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Persatuan Sukarelawan Prihatin Nilai, Sukarelawan Malaysia dan Urusetia Konvesyen Keusahawanan Islam Kali ke 13 (ICEPS 13) terdiri daripada pelajar tahun 3 Fakulti Ekonomi Dan Muamalat USIM.
Disediakan oleh :
Ikhwan Firdaus bin Roslan,
Presiden
Sekretariat Mahasiswa/i Fakulti Ekonomi dan Muamalat (SekreFEM)