Kuala Lumpur, 14 Julai 2009 – Fakulti Syariah dan Undang-Undang sekali lagi telah menganjurkan ‘Tuanku Najihah Syariah and Law Lecture untuk kali yang keempat. Majlis ini merupakan acara penting yang dianjurkan setiap tahun.

Pada kali ini USIM telah menjemput Prof. Mashood A.Baderin yang merupakan Profesor dalam bidang undang-undang dari University of London, United Kingdom. Beliau telah menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Administration of Justice under the Syariah, common Law and Civil Law Systems”.

Antara objektif program ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan syariah dan undang-undang. Di samping itu membincangkan konsep, prinsip dan amalan undang-undang Islam dan undang-undang sivil di Malaysia dan negara lain.

Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028