NILAI, 17 April 2017– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima sebanyak RM 56 ribu sumbangan wang zakat oleh Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank) yang di agihkan kepada 56 orang pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang terpilih dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil EXIM Bank, En Zulkifli bin Md Yunus, Ketua Jabatan Pengurusan Syariah, Exim Bank.

Beliau menyatakan program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat Exim Bank dengan memperuntukkan RM1,000 seorang sebagai sumbangan zakat untuk membantu para pelajar dari latar belakang keluarga kurang berkemampuan untuk menampung sebahagian perbelanjaan di pengajian.

“Adalah diharapkan supaya sumbangan ini menjadi pendorong dan semangat untuk para pelajar lebih gigih mempelajari ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah sahsiah diri,” katanya pada majlis penyerahan zakat.

Menurut Dekan Fakulti, Dr Zulkifli Hasan penyerahan sumbangan wang zakat tersebut memberi kemudahan kepada kumpulan pelajar ini dan mengharapkan agar ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin sepanjang pembelajaran di Universiti.

Dalam pada itu, En Zulkifli turut menyatakan Exim Bank dijangka menjadi 100% patuh syariah menjelang tahun 2018.

ABOUT EXIM BANK

The Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) was incorporated on 29 August 1995 and is wholly-owned by the Government of Malaysia. The Bank has assisted a diverse range of Malaysian business in an equally diverse range of sectors in their global ventures. EXIM Bank is taking pride in meeting its mandated role of stimulating and enhancing the competitiveness of Malaysian industries for exports and investments globally via the provisioning of internationally and domestically competitive banking and insurance products and advisory services.

 

Disediakan oleh:
Syazlyna Jamil
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204